in ,

Video Perbualan Macau Scam Tular, Polis Akan Dedah Siapa Addy Kanna & Alvin Goh

Bukit Aman hari ini menafikan dakwaan video viral bahawa dua suspek kes penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan aktiviti Macau Scam dilepaskan kerana hubungannya dengan pemimpin politik.

Ini kerana seorang dari mereka sedang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) manakala seorang lagi sedang diburu.

Tular sebelum ini perbualan telefon antara dua lelaki yang kononnya merujuk kepada mangsa dan dalang penipuan dalam talian yang tular sejak minggu lalu.

Namun, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menafikan butiran perbualan yang dirakam seperti mempunyai kaitan dengan Addy Kanna, individu yang sedang ditahan POCA serta ada keistimewaan politik sehingga membolehkan mereka dilepaskan selain mengesahkan ianya adalah tidak tepat.

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Perbualan itu adalah merujuk kepada nama Addy Kanna yang sebelum ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada 2 Oktober lalu, berhubung kes pengubahan wang haram hasil penipuan Macau Scam dan perjudian atas talian (judi online).

Dalam perbualan selama 13 minit 34 saat itu, mangsa kononnya dapat menghidu taktik lelaki yang menipunya dengan memberi butiran peribadi yang tidak tepat selepas dikaitkan dengan penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna akhirnya mengakui aktiviti penipuannya selepas sebelum itu menyamar sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Kedua-dua mereka kemudian berbual secara baik selepas mangsa berulang kali meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba menipunya secara dalam talian atau Macau Scam.

Semasa mereka sedang berbual, suspek dalam keadaan yang amat yakin menyatakan berulang kali bahawa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.

Macau Scam, Polis Dedah Wajah Datuk Seri Yang Lari dari Bangunan SPRM

Malah, dia turut menjelaskan bahawa kegiatan penipuan yang dijalankan oleh rangkaian mereka dapat menjana pendapatan lumayan hingga puluhan juta ringgit disebabkan sikap sebahagian mangsa yang tidak pernah berhati-hati.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, menafikan segala butiran perbualan dua lelaki terbabit yang dianggap boleh mencetuskan suasana tidak aman di negara ini.

“Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong [email protected] yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

“Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga China yang diupah oleh sindiket penipuan antarabangsa didalangi oleh rakyat China,”

– Datuk Huzir Mohamed

Huzir berkata, pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat ini akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di negara China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti Scam.

Beliau berkata, adalah tidak tepat apabila ada pihak tertentu yang menyatakan kegiatan penipuan dalam talian yang berlaku di negara ini dengan dua individu terbabit kerana kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sindiket penipuan lain.

“Malah, dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini sedang ditahan mengikut POCA bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan,”

– Datuk Huzir Mohamed

Huzir berkata, beliau akan mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh Alvin dan Addy Kanna ini dalam masa terdekat bagi mengelak salah faham di kalangan rakyat tempatan.

*Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dua Artis Terkenal Bakal Dipanggil SPRM Berhubung Pengubahan Wang Haram

Kondominium Instafamous & Selebriti Terkenal Diserbu, KPDNHEP Rampas Pewangi Tiruan Bernilai RM150,000