in ,

Dua Artis Terkenal Bakal Dipanggil SPRM Berhubung Pengubahan Wang Haram

Seorang Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM Berhubung Aktiviti Pengubahan Wang Haram. Siapakahhhh?

Dua artis terkenal yang merupakan seorang pelakon lelaki dan seorang pengacara wanita akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian  dalam talian.

Artis lelaki dan wanita itu akan dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM selepas tiada artis diminta tampil memberi keterangan secara sukarela.

SPRM

Menurut sumber, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih 1 juta pengikut di laman sosial.

“SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan.

“Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,”

Meskipun sebelum ini SPRM telah meminta individu yang pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk tampil, namun sehingga kini masih belum ada berani berbuat demikian.

SPRM

Terdahulu, pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyeru semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

Dikhabarkan, pelakon lelaki itu khabarnya turut terbabit dalam bidang pengacaraan, manakala pengacara wanita itu pula pernah berlakon beberapa drama popular tanah air.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umbrella Terpaksa Batal Showcase 25 Tahun Bulan Disember Ini Kerana Covid-19

Video Perbualan Macau Scam Tular, Polis Akan Dedah Siapa Addy Kanna & Alvin Goh