in , ,

PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia Harga Bermula RM1,869

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan harga konsol PlayStation 5 secara rasmi buat pasaran Malaysia dan ia akan dilancarkan pada 11 Disember 2020 ini. Menurut Sony, pra-tempah konsol tersebut akan bermula esok, iaitu 12 November 2020 melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation yang tersenarai.

Penantian untuk konsol generasi terkini Sony PlayStation 5 akan berakhir sebulan dari sekarang. Sony Malaysia akhirnya mengesahkan konsol PlayStation 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020. Pra-tempahan dibuka dengan PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.

Sony mengesahkan bahawa konsol gaming PlayStation 5 (PS5) akan mula dijual di Malaysia pada hari Jumaat, 11 Disember dengan harga RM1,869 untuk varian Digital Edition dan RM2,299 untuk varian Ultra HD Blu-Ray.

Dah boleh berhenti dengan filter di Instagram dah! Kali ni PlayStation 5 (PS5) sudah betul-betul diumumkan keluarannya pada Disember nanti! Yahoooo!

PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia dengan Harga Bermula RM1,869
Pengumuman yang dibuat oleh Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) hari ini nyata menggembirakan ramai pihak.

Pra-jualan akan bermula pada hari esok (Khamis, 12 November) di wakil jualan terpilih. Turut dilancarkan bersama konsol tersebut adalah game PS5 eksklusif daripada SIE Worldwide Studios seperti Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Demon’s Souls yang berharga daripada RM209 hingga RM299.

PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia dengan Harga Bermula RM1,869

Sony juga mengumumkan aksesori-aksesori rasmi PlayStation 5 turut akan dijual dengan pra-tempah bermula esok iaitu:

  • Alat Kawalan Dualsense – RM349
  • Fon Kepala Pulse 3D – RM469
  • HD Camera – RM279
  • Media Remote – RM149
  • DualSense Charging Station – RM149

Sony turut mengumumkan harga rasmi untuk aksesori PS5, termasuklah controller DualSense (RM349), fon kepala wayarles PULSE 3D (RM469), kamera HD dengan lensa 1080p (RM279), alat kawalan jauh (RM149) dan pengecas controller DualSense (RM149). 

Permainan-permainan PlayStation 5 juga kini sudah boleh dipra-tempah seperti Demon’s Souls, Marvel’s Spider-Man Miles Morales dan juga Sackboy A Big Adventure.

Untuk maklumat lanjut tentang pembelian PS5, layari laman web Sony Malaysia.

So dah boleh la stop berangan dengan main filter tu dan main PS5 yang sebenar!

Budiey: Hmmm… nak beli ke ek? Kat Apple TV pun dah langgan Arcade. Yg tu pun tak habis main. Ni kan pulak nak bazir masa main kat PS5.

PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia dengan Harga Bermula RM1,869
PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia dengan Harga Bermula RM1,869
PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia dengan Harga Bermula RM1,869

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Bakal Rebut Gelaran Lelaki Terkacak Di Dunia 2020, Jom Undi!

Like & Unlike Foto Nur Fatima Aisya, Netizen Harap Neelofa Berbaik Dengan Fazura