in ,

Fattah Amin Bakal Rebut Gelaran Lelaki Terkacak Di Dunia 2020, Jom Undi!

Seperti tahun sebelumnya, TC Candler secara rasmi telah melancarkan pencalonan untuk 100 Wajah Paling Cantik 2020 dan 100 Wajah Paling Tampan 2020.

Pencalonan untuk 100 Wajah Paling Cantik dan 100 Wajah Tampan pada tahun 2020 dapat dilihat melalui akaun Instagram rasmi TC Candler, @tccandler. Dari pencalonan yang dikeluarkan secara rasmi oleh TC Candler, akan ada pemenang 100 Wajah Paling Cantik dan 100 Tampan pada tahun 2020.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, TC Candler memilih beberapa pencalonan berdasarkan pengundian dari banyak komen yang masuk di laman Youtube mereka. Caranya dengan menulis nama artis kegemaran, negara asal, dan nominasi untuk  kategori 100 Wajah Paling Cantik atau 100 Muka Tampan. Kemudian, TC Candler akan memilih artis yang dicalonkan untuk menjadi 100 wanita atau lelaki paling tampan pada tahun 2020.

Fattah Amin Bakal Rebut Gelaran Lelaki Terkacak Di Dunia 2020, Jom Undi!

Tahun ini, terdapat 12 artis Indonesia yang termasuk dalam senarai 100 wajah paling cantik dan 100 wajah paling cantik di dunia pada tahun 2020. Namun hanya seorang sahaja yang mewakili Malaysiadicalonkan untuk TC Candler, iaitu pelakon dan penyanyi, Fattah Amin.

Fattah Amin tercalon untuk pencalonan Lelaki Paling Tampan 2020. Pengumuman itu dilakukan menerusi laman sosial Instagram rasmi @tccandler pada 1 September yang lalu.

Selain itu, dari penyanyi hingga artis Korea seperti V BTS, Hyun Bin, Tzuyu TWICE, Irene Red Velvet, Lucas NCT, dan Suho EXO juga memeriahkan pencalonan versi TC Candler.

Tahun 2018, Henry Golding mewakili Malaysia berada di tangga ke-84 lelaki terkacak dunia dan menyaksikan pelakon filem Aquaman, Jason Momoa berada di tangga pertama.

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johor Ambil Langkah Terbaik, Terpaksa Tunda SUKMA XX Ke Tahun 2022

PlayStation 5 Dilancarkan Pada 11 Disember di Malaysia Harga Bermula RM1,869