in ,

Ulasan Filem PIRATES OF THE CARIBBEAN 3 : AT WORLD’S END, Berapa Bintang Nak Kasi?

Saya sudah pun menonton Pirates of the Caribbean 3 : At World’s End di opening nite anjuran Nuffnang. Bagi Budiey, sekuel yang ke-3 ini adalah yang paling hebat, lebih hebat dan jauh lebih baik dari sekuel 1 & 2.

Antara skrip Pirates of the Caribbean 3 : At World’s End yang masih terngiang-ngiang di telinga saya:

Did no one come to save me just because they missed me?

What would you do? What would any of you be willing to do? Would you brave the weird and haunted shores at world’s end to fetch back witty Jack?

Why should I sail with any of you? Four of you have tried to kill me in the past.

Saya sudah pun menonton Pirates of the Caribbean 3 : At World’s End di opening nite anjuran Nuffnang. Bagi Budiey, sekuel yang ke-3 ini adalah yang paling hebat, lebih hebat dan jauh lebih baik dari sekuel 1 & 2.

Ini pandangan peribadi saya. Ramai yang tidak bersetuju dengan saya. Tidak sehebat yang digambarkan. Filem untuk budak-budak. Terlalu banyak adegan yang tidak matang dan bijak.

Namun, ada alasan saya mengangkat filem ketiga ini sebagai satu filem mesti tonton. Budiey kasi 9/10 bintang. Sungguh komedi, aksi lelucon yang selamba mencuit hati penonton, kostum, tata rias, dan solekannya superb, ada kelas, realistik dan tampak gah walaupun dalam penampilan selekeh gaya lanun, dengan plot-plot yang mencabar penonton untuk memberi fokus sepenuhnya dan pelakonnya tidak dapat kita nafikan memang hebat.

514045314 33Eee22721 O | 4

Paling tidak, saya cukup suka dengan babak-babak yang dilakonkan oleh Chow Yun Fatt terutama sekali masa dia nak cium Keira Knightley. Dengan 3 jam memaku punggung di atas kerusi panggung, penonton sayugia saya ingatkan agar cukupkan tidur kalian sebelum menonton filem ini.

Saya tidak teragak-agak untuk menontonnya sekali lagi. Tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Seperti kata seorang pembaca bernama Rini. Dia kata, dia kena tonton sekali lagi sebab apabila terlalu fokus, ada bahagian lain yang lupa untuk diberi perhatian.

Mungkinkah filem ini agak bercelaru dan menguji minda dan ingatan penonton pada siri sebelum ini? Apa kata anda?

Foto sekitar opening nite POTC 3 akan menyusul kemudian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza | 21

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2007 APM2007

Johnny Depp | 22

Sekitar Acara Opening Nite Pirates of the Caribean 3 Yang Happening Anjuran Nuffnang