in

PINTU HIDAYAH DERITA KAKAKKU YANG STRESS

PINTU HIDAYAH : “DERITA KAKAKKU YANG STRESS”, JUMAAT (12 SEPTEMBER 2008), JAM 3.05 PETANG DI RTM1

Hidup ini adakalanya boleh diibaratkan umpama anak panah. Walaupun kita sudah mengarahkan ia tepat pada sasaran namun apabila ia tersasar jauh dari sasaran apabila ditiup angin. Begitulah juga dengan kehidupan kita di alam fana ciptaan Allah S.W.T. ini. Anak-anak dilahirkan umpama kain putih yang suci lagi murni tanpa terpalit walau sekelumit dosa. Ibu-bapa pastinya menyambut kehadiran cahaya mata dengan perasaan gembira yang tak terkira.

Sedari kecil hinggalah dewasa mereka ditatang umpama minyak yang penuh, diberi sepenuh kasih sayang. Ibu-bapa bukan hanya mendidik mereka malah menyediakan pendidikan asas yang kukuh lengkap dengan ilmu duniawi dan juga ukhrawi. Malangnya, masih ada yang tersimpang jauh dari laluan kehidupan yang hakiki. 

‘Derita Kakakku Yang Stress’ Chika berasa amat sedih melihat keadaan kakaknya itu. Gita merupakan seorang pelajar yang pintar tetapi dia mula berubah sejak kematian ayahnya manakala ibu mereka kerap sakit. Gita tertekan hingga mengalami tekanan perasaan yang agak kritikal.

Pada suatu hari Gita tersesat ke sebuah masjid. Di sana dia telah bertemu seorang ustaz . Ustaz tersebut tidak mengetahu asal-usul Gita lalu membawanya menetap di sebuah sekolah pondok dan merawatnya. Ustaz tersebut sedikit demi sedikit cuba menenangkan jiwa Gita. Akibat sering menghadiri kelas pengajian dan bergaul dengan pelajar sekolah pondok keadaan Gita sudah beransur pulih.

Lalu, ustaz membawa Gita pulang ke rumahnya. Ibunya juga Chika berasa amat gembira dengan perubahan positif yan berlaku pada Gita. Gita sudah bertudung dan ustaz menawarkannya bersekolah di sekolah pondok tanpa perlu membayar sebarang yuran.

Barisan pelakon hebat yang terlibat dalam drama ini adalah Alyssa Soebandono, Amanda, Hanna Hasyim dan Riyanto.

Teruskan tontonan anda bersama RTM1, Saluran Inforia Anda pada 12 September 2008 (Jumaat), pukul  3.05 petang untuk mengetahui kesudahan kisah ‘Derita Kakakku Yang Stress’ yang sarat dengan mesej berguna.      

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NORALBANIAH, HILMI HUSAINI DALAM DRAMA HUJAN BEREDAR PANAS BERLINGKAR

Rusdi Ramli, Jue Aziz, Zul Yahya Dalam Drama CHEF MASIN PAHIT 4 RASA