in , ,

Pierre Andre Ada Alasan Tak Mahu Guna Telefon Bimbit Selama 10 Tahun

Siapa sangka pelakon dan pengarah Pierre Andre mendedahkan selama 10 tahun dia tidak menggunakan telefon bimbit serta hidupnya bebas tanpa alat tersebut.

 Pierre berkata semua urusan mengenai hal kerja boleh berhubung terus dengan isterinya, Siti Nur Hidayah sejak 10 tahun lalu.

“Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri. Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.

“Telefon yang ada sefungsinya hanya untuk merakam video kandungan YouTube, bukan alat berkomunikasi dengan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Pierre berkata dia mengakui akan meminjam telefon isterinya untuk mengetahui mengenai perkembangan semasa.  Katanya lagi, bukan tidak mahu berhubung dengan ‘dunia luar’ tetapi mahu memberi laluan kepada anak muda.

“Pernah satu zaman saya menggunakan telefon awam sebab itu susah untuk hubungi saya sebab kena melalui isteri. Tak ramai orang tahu nombor telefon dia selain nombor perniagaan.

“Sekiranya saya mahu melihat media sosial, saya akan pinjam telefon isteri dan belek sepintas lalu sahaja untuk mengetahui perkembangan isu semasa,” jelasnya.

“Bukan saya tidak mahu berhubung dunia luar tetapi mahu beri peluang kepada budak baru. Saya pula jenis ‘family man’ (sering habiskan masa dengan keluarga). Sekarang tinggal anak beberapa jam, saya mula merindu mereka,” katanya.

Selepas 10 tahun menyepi, Pierre kembali mengarahkan filem sekuel seram berjudul Jangan Pandang Belakang 2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single Pertama Arul Rasheed Jagakan Dia Kini Trending di Youtube Malaysia

Fizi Ali Menitis Air Mata Dapat Jumpa Anak 4 Hari