in

PICC Putrajaya Anjur Minggu Setiausaha Afgan & Krisdayanti

Minggu Setiausaha ‘SECRETARIES WEEK @ PICC’ mempertaruhkan dua orang penghibur dari Indonesia iaitu Afgan dan Krisdayanti yang akan bergabung dengan penyanyi serta pelawak dari Malaysia. Persembahan ini akan berlangsung selama dua hari berturut-turut, 16 dan 17 April 2014 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Antara penyanyi Malaysia yang bakal Noryn Aziz, Awi Rafael dan pelawak Kuah Jenhan sebagai pengacara majlis. Selain memberi peluang menang hadiah cabutan bertuah, Minggu Setiausaha PICC juga akan menawarkan hadiah door gift yang istimewa dan juga Best Dressed Award. Tiket-tiket sudah pun dibuka kepada anda semua!

Satu sidang media telah berlangsung pada 31 Mac lalu di PICC bagi mewar-warkan tentang event ini.

Afgan

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)

PICC pada tahun ini mengambil langkah untuk mengadakan jamuan makan malam meraikan Minggu Setiausaha 2014. Program ini adalah iltizam berterusan PICC untuk menjadikan fasiliti dan lokasi mereka lebih aktif, bernilai komersial serta kompetetif. Acara ini juga mendapat kerjasama dari Perbadanan Putrajaya.

Dengan kemudahan persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa, perkhidmatan ‘shuttle bus’ PUTRAJAYA dari lapangan ‘park and ride’ di pusat bandar Putrajaya serta fasiliti Dewan Plenari, Dewan Mesyuarat, Dewan Bankuet dan lain-lain yang mampu memuatkan lebih 10,000 orang tetamu dalam satu masa, menjadikan PICC sebuah lokasi acara yang menjanjikan sesuatu kelainan dan kemeriahan.

PICC Putrajaya Anjur Minggu Setiausaha Afgan & Krisdayanti

SECRETARIES WEEK @ PICC

Acara jamuan makan malam dan persembahan artis yang dinamakan ‘SECRETARIES WEEK @ PICC’ akan diadakan selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 April 2014. Barisan artis yang yang akan mengadakan persembahan secara ‘live’ adalah Afgan bersama artis jemputannya Noryn Aziz pada 16 April dan Kris Dayanti bersama artis jemputannya Awi Rafael pada 17 April.

Kedua dua acara akan berlangsung selama 2 jam dari 8.30 malam sehingga 10.30 malam di Dewan Perdana, PICC dan akan dikendalikan oleh seorang pengacara majlis yang karismatik, Kuah Jenhan.

kris dayanti

KUAH JENHAN
(Pengacara majlis pada 16 dan 17 April 2014)

Nama Kuah Jenhan sangat popular di kalangan khalayak ‘stand up comedy’. Sejak 4 tahun kebelakangan ini, beliau mendapat sambutan hangat dalam persembahan berbayar di sekitar tanahair juga di Australia dan Singapura. Persembahan beliau merangkumi acara korporat dari 150 orang penonton sehingga ke 3,000 orang penonton. Jenaka beliau yang bersahaja dan menyentuh segala aspek kehidupan harian dan bercirikan tempatan amat mendapat sambutan. Kuah Jenhan juga berperanan sebagai kolumnis sebuah majalah tempatan, jurucakap untuk kempen beberapa produk komersial serta terlibat dalam penulisan skrip produksi tv, persembahan pentas dan filem cereka.

AFGAN
(Artis utama persembahan ‘live’ pada 16 April 2014)

Penyanyi kelahiran Jakarta dan berdarah Minangkabau ini dengan nama sebenarnya Afgan Syahreza, merakamkan album pertama ‘Confession No 1’ pada Januari 2008. Afghan mesra dengan genre muzik pop, soul, R&B, dan jazz. Antara single dari album tersebut adalah “Terima Kasih Cinta”, “Klise”, “Sadis”, dan “Tanpa Batas Waktu”. Pada tahun 2010, Afgan mengeluarkan album keduanya “The One” dengan lagu lagu seperti “PadaMu Kubersujud” dan ‘Cinta 2 Hati’. Album terbaru beliau pada tahun 2013 adalah ‘LIVE TO LOVE’ dan single terbaru beliau untuk tahun 2014 adalah “JODOH PASTI BERTEMU”. Kebanyakan single beliau mendapat sambutan memberangsangkan di Malaysia.

NORYN AZIZ
(Artis jemputan persembahan ‘live’ pada 16 April 2014)

Norazmahwati Abdul Aziz lebih dikenali dengan nama pentasnya Noryn Aziz. Penyanyi bersuara lantang dan cenderung kepada muzik jazz ini memulakan karier sebagai penyanyi rakaman melalui album pertama pada tahun 1997 berjudul ‘Fantasi O Realiti’. Disusuli dengan album kedua pada tahun 2006 berjudul ‘Alam Maya’ dan album Inggeris pada tahun 2010 iaitu ‘I’m Alright’. Noryn Aziz pernah memenangi kategori Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2007 dan juga pernah memenangi 3 butir pingat emas di ‘World Championships of Performing Arts 2008’ (WCOPA) yang dianjurkan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

KRISDAYANTI
(Artis utama persembahan ‘live’ pada 17 April 2014)

Popular dengan nama singkatan KD, beliau adalah salah seorang penyanyi wanita terbaik di Indonesia. Dilahirkan di Batu, Jawa Timur dan dibesarkan di Jakarta. Pada usia 9 tahun, beliau meminjamkan suara untuk sebuah filem kanak kanak ‘Megaloman’. Tiga tahun selepas itu beliau menghasilkan album pertama berjudul ‘Burung Burung Malam’. Dibawah naungan Warner Music Indonesia, KD menghasilkan album ‘Terserah’ pada tahun 1995 yang melonjakkan namanya di persada muzik Indonesia, seterusnya merakamkan album duet bersama Anang Hermansyah pada tahun 1996 dengan judul ‘Cinta’.

Pada tahun 1998, single beliau ‘Menghitung Hari’ mengungguli carta lagu di Malaysia sehingga beliau berjaya membuat persembahan di Konsert KD pada tahun 2001 di Kuala Lumpur dan mendapat jolokan Diva Pop Indonesia. Beliau pernah diumumkan sebagai ’10 Biggest Asian Artists’ oleh Channel V International pada tahun 2005. Sewaktu Anugerah Planet Muzik 2007 di Singapura, beliau menerima Anugerah Khas atas pencapaian dan dedikasinya dalam bidang muzik. Juga digelar ‘99 Most Powerful Women in Indonesia’ oleh majalah Globe Asia edisi Oktober 2007 dan ‘50 Penyanyi Indonesia Terbaik Sepanjang Masa’ oleh majalah Rolling Stone edisi Disember 2010. Antara single terbaru Krisdayanti adalah ‘Ratu Cinta’ (2013) dan ‘Pernah Denganmu’ (2014).

AWI RAFAEL
(Artis jemputan persembahan ‘live’ pada 17 April 2014)

Muhammad Nabawi bin Gunawan atau Awi Rafael dilahirkan dan dibesarkan di Singapura. Beliau ialah bekas vokalis kumpulan Bhumiband yang pernah memenangi kategori Kumpulan Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Planet Muzik 2005 di Singapura. Bersama Warner Music Malaysia, beliau bergerak secara solo dan telah menghasilkan 2 buah album iaitu ‘Awi Rafael’ (2011) dan ‘Asalkan Aku OK’ (2012). Beliau menempa nama secara solo di Singapura dan Malaysia dengan single popular seperti ‘Pulanglah’ dan ‘Bila Aku Jatuh Cinta’. Album ‘Asalkan Aku OK’ dicalonkan dalam kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2013. Pada Anugerah Juara Lagu ke 28 pada Januari 2014, Awi Rafael memenangi tempat ketiga dengan lagu ‘Kalau Aku Kaya’ yang dipersembahkan bersama Altimet.

PICC Putrajaya Anjur Minggu Setiausaha Afgan & Krisdayanti

PENJUALAN TIKET UNTUK ‘SECRETARIES WEEK @ PICC’

Kategori harga tiket untuk menghadiri jamuan makan malam dan persembahan artis pada 16 dan 17 April 2014 di Dewan Perdana PICC adalah seperti berikut :

SAPPHIRE RM 8,880.00 setiap meja untuk 10 orang tetamu
RUBY RM 7,880.00 setiap meja untuk 10 orang tetamu
EMERALD RM 6,880.00 setiap meja untuk 10 orang tetamu
AMENTHYST RM 5,880.00 setiap meja untuk 10 orang tetamu
VVIP (untuk pertanyaan) setiap meja untuk 8 orang tetamu

Selain dari jamuan makan malam dan persembahan artis, terdapat cenderahati khas untuk para tetamu, acara Cabutan Bertuah dan Anugerah Busana Terbaik kepada para tetamu.

Untuk tempahan melalui telefon, boleh menghubungi talian :
03 – 8887 6000
011 – 2945 6365 (Aniz)
012 – 716 8213 (Zuera)

Atau boleh melayari internet untuk tempahan dan pembelian secara ‘online’ di :
www.ticketpro.com.my

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan aturcara atau pertanyaan lain boleh menghubungi pihak PICC di :
[email protected]

Info Minggu Setiausaha

[dropcap]S[/dropcap]ambutan Minggu Setiausaha pada asalnya bertolak dari penganjuran ‘National Secretaries Week’ pada 1 – 7 Jun 1952 di Washington DC, Amerika Syarikat. Ia adalah anjuran bersama oleh ‘National Secretaries Association’ dan sebuah konsortium pengilang perabot dan peralatan pejabat. Hari Rabu 4 Jun 1952 pula telah diisytiharkan sebagai ‘National Secretaries Day’. Kempen yang bertujuan untuk menghargai sumbangan para setiausaha itu telah berkembang ke seluruh dunia dan disambut hampir setiap tahun.

[pullquote]Buat julung kalinya sejak ditubuhkan pada tahun 2003, Putrajaya International Convention Center (PICC) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya bakal menganjurkan sebuah acara khas sempena meraikan para setiausaha yang telah banyak menyumbang jasa kepada kemajuan negara menerusi organisasi majikan mereka samada badan korporat mahupun kerajaan.[/pullquote]

Pada tahun 1955, tarikh sambutannya diubah ke minggu penuh terakhir bulan April setiap tahun, manakala hari Rabu minggu tersebut diisytiharkan sebagai ‘National Secretaries Day’. Pada tahun 1981, namanya ditukar kepada ‘Professional Secretaries Week’ setelah ‘National Secretaries Association’ berubah kepada ‘Professional Secretaries International’(PSI).

Seterusnya pada tahun 1998, PSI bertukar nama kepada ‘International Association of Administrative Professionals’(IAAP) yang beribupejabat di Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat. Langkah ini bertujuan untuk mengiktiraf kepentingan tugas seorang setiausaha sejajar dengan perubahan global dan perkembangan skop tugasan. Akhirnya pada tahun 2000, IAAP mengisytiharkan sambutan ‘Professional Secretaries Day’ ditukar nama kepada ‘Administrative Professionals Day’.

Di Malaysia, sambutan ‘Minggu Setiausaha’ diamalkan pada 2 minggu terakhir bulan April setiap tahun. Biasanya para setiausaha diraikan oleh para majikan dalam sebuah majlis jamuan makan malam dan diiringi dengan persembahan artis artis ternama tanahair. Terdapat juga majlis jamuan makan malam yang dianjurkan bertujuan mengumpul dana untuk agenda kebajikan.

PICC Putrajaya Anjur Minggu Setiausaha Afgan & Krisdayanti

PICC Putrajaya Anjur Minggu Setiausaha Afgan & Krisdayanti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mabuhay Philippines Spotify Here

U Mobile Announces Appointment Of New Senior Management Roles