in ,

Piala Raja Libas Sempena Promosi Filem LIBAS

PIALA RAJA LIBAS PEMANGKIN SEPAK TAKRAW NEGARA

Penganjuran lebih banyak pertandingan diyakini mampu menjulang kembali sukan Sepak Takraw negara merupakan agenda yang sedang digiat gandakan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia.

Demikian menurut Setiausaha Agong Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Haji Arshad Yahya ketika merasmikan Kejohanan Piala Raja Libas Sepak Takraw Terbuka Antara Regu 1 Malaysia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Poster Libas

Dalam ucapan perasmian itu, Datuk Haji Arshad juga amat mengalukan usaha yang dimainkan oleh MDAG syarikat perfileman tempatan menerbitkan filem yang bertemakan sukan Sepak Takraw. Menurutnya lagi dengan adanya filem seperti Libas ia mampu menanam kembali minat dan perhatian masyarakat terhadap sukan Sepak Takraw dinegara ini.

LIBAS merupakan filem bercorak aksi komikal yang berkisar kepada sukan Sepak Takraw, dengan teraju pelakon Rosyam Nor dan Scha Al-Yahya. Filem Libas bakal menemui penonton di pawagam mulai 29 September depan.

Kejohanan Piala Raja Libas menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 20,000 (Dua Puluh Ribu Ringgit), disertai pasukan-pasukan sekitar Lembah Kelang dan dari luar Kuala Lumpur bermula 11 Julai dan bakal berakhir pada 14 Julai ini. Orang ramai dijemput menonton pertandingan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dan masuk adalah percuma.

Juga hadir di majlis perasmian Kejohanan Piala Raja Libas 2011 Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Antara Regu 1 Malaysia adalah Kevin Lim Pengarah Urusan Gajah Emas, Azlan Ghazali Pengarah Urusan MDAG serta Pengerusi Kejohanan Nulhilman Mohd.Noor. Beberapa pelakon utama seperti Rosyam Nor, Adam Corrie dan Zek Zakri juga hadir pada majlis perasmian tersebut.

Libas1

Libas3

Libas2

Libas4

Libas5

Kredit pic : myfriends2u

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar GiG TV9 di I-City

Drama Bersiri Beret Hijau Lakonan Chomell Fana