in

Drama Bersiri Beret Hijau Lakonan Chomell Fana

Drama Bersiri Ketenteraan : Beret Hijau Mulai 22 Julai Ini di TV1

Bagi golongan remaja yang mahu memilih profesion ketenteraan selepas tamat persekolahan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi gambaran sebenar tentang profesion sebagai seorang tentera menerusi sebuah drama rantai 13 episod mulai 22 Julai 2011, setiap Jumaat, jam 3.30 petang di TV1.

Drama arahan Along Kamaluddin bertajuk Beret Hijau yang telah menjalankan penggambaran di sekitar Lembah Klang dan Kem Sungai Udang, Melaka ini mengetengahkan pelakon Iqbal Pilih Kasih sebagai Haziq, Azie Yahya (Sarjan Aishah), Chomell Fana (Amirah), Hasnul Rahmat (Soleh), Aman Graseka (Abu Farsi) dan Kuswadinata (Pak Ali) sebagai tunggak utama dalam manjayakan drama bercorak ketenteraan ini.

Beret Hijau ... temui penonton mulai 22 Julai Ini

Realitinya Beret Hijau berkongsi kisah watak Haziq bermula daripada seorang budak kampung dan akhirnya menjadi anggota komando terlatih. Dalam kem latihan komando juga, Haziq bertemu musuh lamanya, Kamil lakonan Lan Mazlan. Di situlah tercetusnya konflik antara mereka.

Menerusi drama ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cuba memberi pendedahan meluas kepada masyarakat tentang isu semasa yang ada kaitan dengan soal menjaga keamanan dan menangani ancaman pengganas. Ia bukan kisah lampau yang diperbaharui atau diceduk. Selain itu, drama ini bertujuan menarik minat golongan remaja yang suka lumba motosikal haram, berpeleseran atau terbabit dalam aktiviti tidak sihat.

Menariknya turut di ketengahkan peranan watak seorang komando perubatan yang bertugas merawat tentera tercedera dalam pertempuran. Watak ini sebenarnya penting dan menyumbang peranan besar dalam menjayakan sesebuah misi ketenteraan.

Selain itu diselitkan juga babak-babak percintaan yang bergerak seiring dengan episod-episod melibatkan kegiatan watak dikenali Abu Farsi dalam memperkukuhkan kumpulan Jemaah dan terlibat dalam pengaturan bekalan senjata di Asia Tenggara. Malah ada juga episod di mana Penempatan Markas Gerila Militan mula dibina dan pertubuhan di bawah pimpinan Abu Farsi mula melatih gerila dengan ilmu ketenteraan di bawah penasihat ketenteraan dari negeri asing.

Semua episod menarik ini bakal menemui penonton mulai 22 Julai 2011, setiap Jumaat, jam 3.30 petang di TV1.

pelakon-pelakon utama Beret Hijau

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Piala Raja Libas Sempena Promosi Filem LIBAS

63rd Primetime Emmy Award Nominees