in

Phua Chu Kang The Movie

KONTRAKTOR TERBAIK SINGAPURA & MALAYSIA KEMBALI KALI INI DI PAWAGAM

Popular dengan dialog menarik ‘don’t play play’ dan ‘use your brain’, kontraktor terbaik Singapura & Malaysia kembali kali ini di layar perak. Bermula dengan sitkom Phua Chu Kang Pte. Ltd. pada tahun 1997, kontraktor yang terkenal dengan rambut kerinting, tahi lalat besar dan but kuningnya, Phua Chu Kang bersama-sama dengan keluarganya yang ‘gila-gila’ telah berjaya menghiburkan para penonton sedekad lamanya. Kejayaan tersebut diteruskan dengan siri Phua Chu Kang Sdn. Bhd. yang tamat pada musim pertamanya tahun lalu manakala musim kedua baru sahaja tamat penggambaran dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

phua chu kang

Dengan sambutan hangat dan sokongan penonton dari pelbagai usia terhadap filem-filem tempatan Malaysia-Singapura, Phua Chu Kang mengorak selangkah menuju ke layar perak menerusi filem “Phua Chu Kang The Movie”, dipersembahkan oleh Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd. akan berada di pawagam penghujung Ogos nanti. Bersempena dengan pembukaan tayangan itu nanti, Phua Chu Kang sendiri, iaitu Gurmit Singh bersama-sama pasangan isterinya, Rosie (atau Puan Phua
Chu Kang) dalam sitcom, Irena Ang dan musuh terbarunya Lim Lau Pek, dilakonkan oleh pelakon veteran Singapura Henry Thia bersama-sama pengarah filem, Mr. Boris Boo akan berada di Kuala Lumpur bermula 19 – 21 Ogos bagi tujuan mempromosikan filem Phua Chu Kang The Movie.

Dalam tempoh promosi selama 3 hari tersebut, banyak aktiviti yang dijadualkan di mana sebilangan tetamu, rakan media dan pemenang bertuah akan berpeluang bertemu pasangan Phua Chu Kang dan Henry Thia secara langsung secara dekat. Teruskan mendengar stesen-stesen radio MyFM, MixFM, SinarFM dan RagaaFM serta layari laman FACEBOOK (RAM Movies) untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif berupa barangan cenderamata dan juga pas-pas eksklusif percuma ke “Nippon Paint Malaysia Phua Chu Kang The Movie” perjumpaan peminat secara eksklusif dan Tayangan Gala Perdana. Anda juga berpeluang mendapatkan poster tandatangan percuma dan hadiah-hadiah menarik sumbangan dari Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Lost World of Tambun.

“Kami amat gembira kerana berpeluang menaja filem Phua Chu Kang yang sudah terkenal di Asia. Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd serasi dengan Phua Chu Kang kerana kami adalah pakar dalam reka bentuk rumah. Saya pasti bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga akan menyukai peranan Phua Chu Kang yang amat riang dan positif,” kata Encik Yaw Seng Heng, Managing Director, Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd.

Jangan lupa menonton Phua Chu Kang The Movie, dipersembahkan oleh Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd; rakan promosi rasmi – Lost World of Tambun, Sunway City Ipoh; Mudah.com, edaran Grand Brilliance, edaran bersama RAM Entertainment di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 26 Ogos ini.

SINOPSIS FILEM

Kini beroperasi di Kuala Lumpur, Phua Chu Kang dan isteri Rosie diziarahi oleh ibu kesayangan Kang, Ah Ma. Namun, belumpun sempat dia mengemaskan pakaian dari begnya, Ah Ma hilang secara tiba-tiba. Apa yang berlaku kepadanya? Melarikan diri? Mengapa? Atau, mungkinkah diculik?

Usaha Kang mencari Ah Ma membawanya ke sebuah rumah orang-orang tua. Pemilik rumah kebajikan tersebut yang berpewatakan pelik, Lim Lau Pek telah menawarkan kerja-kerja kontrak yang lumayan. Namun tidak semudah itu, kerana Kang mesti menewaskan dahulu musuh tradisi ketatnya, Frankie Foo, yang juga sedang berusaha memperolehi kontrak yang sama. Keadaan menjadi kacau bilau di rumah orang-orang tua di mana Lim telah menaruh perasaan terhadap Rosie manakala Kang pula dituduh membunuh salah seorang warga tua di rumah tersebut.

Adakah Frankie dalang di sebalik semua kekecohan ini? Apa sebenarnya agenda Lim Lau Pek?

Kang telah berjaya merungkai satu rahsia lampau mengenai dirinya yang telah disembunyikan oleh Ah Ma sejak sekian lama dan pada masa yang sama, dia juga telah dipertemukan dengan seorang saudara yang disangkakan telah lama meninggal dunia. Merasa trauma, Kang harus memilih antara perniagaan dan juga keluarga di sebalik pertemuan tak terduga.

Mungkinkan hero kita membuat pilihan yang tepat?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton 380 Perlawanan Liga Premier Barclays di Astro

Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel dalam Drama Durja Ningsun