in

Photo Beijing 2008 Olympics Opening Ceremony

Semalam telah berlangsung Majlis Pembukaan dan Perasmian Sukan Olimpik ke 29 di Stadium Nasional Beijing, China.

Superb! Gemilang! Unik! Budiey kira opening ceremony untuk sukan Olympic di China ini antara yang palng moden, paling gempak dan paling cantik dalam sejarah Sukan Olympic. Tahniah untuk negara China! Agak-agak Malaysia bila boleh buat macam China nih?

Menelan kos penganjuran dianggarkan AS$40 bilion (RM128 bilion), Sukan terbesar ini dibuka secara rasmi oleh Presiden China, Hu Jintao, disaksikan lebih 90,000 penonton selain kira-kira empat bilion penonton televisyen seluruh dunia.

An art performance of the ‘Beautiful Olympics’

The flying Olympic rings — The first time we saw Olympics rings that fly. They seems like made up by thousands of stars… carrying by the angels.

Taiji performance by thousands — they have been practicing for year for the taiji performance. It is amazing that they changed different shapes yet the group is still neat and tidy.

Chinese Superman — Li Ning carries the Olympic torch and lifted to the air and walk on the wall like a superman to light up the Olympic flame.

Obor temasya itu dinyalakan bekas ratu gimnastik tuan rumah, Li Ning, yang meraih tiga pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles.

The Olympic flame — a very special, unique shape of Olympic flame. It looks like a scroll end, twisted and Olympic torch alike.

Kontinjen negara ditunjangi 33 atlit yang berpakaian baju kebangsaan kuning keemasan, berarak masuk ke Stadium ‘Sarang Burung’, diketuai pelumba basikal, Azizulhasni Awang, selaku pembawa Jalur Gemilang.

Upacara itu bermula dengan acara pembukaan selama sejam penuh warna warni, diilhamkan pengarah filem terkenal, Zhang Yimou, yang mempersembahkan sejarah penubuhan China daripada zaman dinasti awal sehingga menjadi kuasa utama dunia ketika ini.

Ia diikuti perarakan masuk lebih 5,000 atlit daripada 204 negara bermula dengan kontinjen negara penganjur temasya sebelumnya, Greece, diselangi pertunjukan mercun dan bunga api.

Upacara pembukaan itu turut dihadiri ketua negara, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin.

Temasya berlangsung selama 17 hari itu bakal menyaksikan saingan merebut 202 pingat emas daripada 28 jenis sukan yang dipertandingkan.

Lawat website Olympic: http://en.beijing2008.cn

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JEJAK RASUL 14 – RIHLAH IBN BATTUTAH

Ella, Faizal Tahir, Butterfingers dalam Album Live GUAMUZIK Supergig 08