in , ,

Ella, Faizal Tahir, Butterfingers dalam Album Live GUAMUZIK Supergig 08

Sejurus selepas mengadakan konsert pertama mereka pada penghujung bulan Mei lalu, portal muzik terulung Malaysia www.guamuzik.com.my (GUAMUZIK) dengan bangganya mengumumkan pelancaran album Supergig ’08 yang telah lama dinantikan. Konsert tersebut yang telah diadakan untuk menyambut pelancaran laman itu, kini menampilkan pula sebuah album digital yang memaparkan persembahan-persembahan terbaik dari acara tersebut. Dengan barisan artis-artis terhebat di Malaysia, album ini dijangka akan menjadi rebutan para peminat industri muzik tempatan, khasnya komuniti maya setempat.

2745110035 115D4F0647 O | 4

Apabila memuat turun lagu di GUAMUZIK, peminat muzik bukan setakat dapat menikmati lagu kegemaran mereka, tetapi bonus tambahan turut menanti mereka. Peminat bertuah yang memuat turun keseluruhan lagu-lagu di dalam album digital ini bakal memenangi t-shirt GUAMUZIK Supergig yang ditandatangani oleh artis-artis yang membuat persembahan sewaktu konsert! Selain daripada itu memorabilia artis eksklusif turut menanti bagi yang memuat turun lagu-lagu terpilih.    

2745080701 828Ffa9Eee | 5

Di antara artis-artis yang ditampilkan di dalam album ini termasuklah Ella, Faizal Tahir, Butterfingers, Altimet, Nora dan ramai lagi. Para pembeli album digital ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik secara eksklusif dari GUAMUZIK. 

Album ini telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan GUAMUZIK untuk menghasilkan muzik yang eksklusif bagi menggalakkan lagi pemuat turunan muzik secara maya.  

Konsert yang dinamakan GUAMUZIK Supergig ‘08 itu telah diadakan di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dari jam 9 hingga 11.30 malam. Ia menyaksikan kehadiran 6,000 orang yang mengerumuni ruang legar awam seawal jam 7 petang lagi dan menampilkan gabungan artis solo serta berkumpulan terbaik di negara ini. Acara muzik ini telah diacarakan oleh Cheryl Samad serta Awal Asha’ari, dan telah disiarkan di 8TV pada 15 Jun jam 12 tengah hari serta di TV3 pada 17 June jam 11 pagi. 

Para peminat yang terlepas konsert itu boleh memuat turun keseluruhan album tersebut pada harga RM25 sahaja ataupun boleh membeli lagu-lagu daripada album tersebut secara berasingan pada harga RM2 setiap lagu. Album ini dijangka pasti dapat menggambarkan keseluruhan konsert tersebut dengan sempurna! 

[tags]Ella, Faizal Tahir, Butterfingers, Album Live GUAMUZIK, Supergig 08, Altimet, Nora, sports, hot fm, hukum nikah kahwin, kintamani, kuta, olympic, closing, photo[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photo Beijing 2008 Olympics Opening Ceremony

Drama Ampang Medikal Lakonan Rusdiana Rusdi & Julia Ziegler