in ,

Pesta Filem Seram Korea Sepanjang Bulan Oktober

Apakah yang anda sanggup lakukan untuk kelihatan cantik? Taksub dengan kad Tarot (kad menilik nasib) boleh mendatangkan mudarat? Bersedia menerima hukuman menyelusup masuk ke rumah hantu? Dan mendengar rahsia yang disimpan oleh seorang kanak-kanak lelaki selepas kematian tragis ibu bapanya?

Jika sanggup, nantikan kemunculan empat filem seram Korea yang bakal disiarkan sepanjang Oktober ini, iaitu Yoga, Be With Me, The Haunted House Project dan Ghastly pada setiap hari Ahad pukul 10.00 malam, menerusi slot Saranghae TV9. Janji Temu Slot Saranghae Setiap Hari Ahad, 10.00 Malam

Yoga (1)

Yoga, 4 Oktober
Hyo-Jung telah kehilangan kerjanya kepada wanita yang lebih cantik dan muda. Sedih dan marah dengan nasib yang menimpanya, Hyo-Jung menerima cadangan kawannya untuk mendaftarkan diri di pusat Yoga milik seorang aktres senior, Kan Mi-Hee tanpa curiga. Hyo-Jung bakal memulakan program insentif selama seminggu bersama empat peserta wanita yang lain di bawah kendalian Nani, seorang wanita cantik yang bersikap dingin dan tegas dengan peraturan.
Mereka perlu mematuhi lima peraturan aneh iaitu dilarang berhubung dengan dunia luar, dilarang mengambil makanan luar, tidak boleh mandi atau membersihkan diri dalam tempoh satu jam selepas habis latihan yoga, tidak boleh menggunakan cermin serta tidak boleh mendedahkan aktiviti pusat Yoga ini kepada sesiapa pun.
Hanya peserta akhir yang berjaya menamatkan program itu akan menerima ganjaran lumayan iaitu rahsia muktamad tentang kecantikan yang abadi. Selepas program itu bermula, Hyo-Jung mula mengesyaki operasi pusat Yoga itu dan rahsia pengasasnya yang awet muda.
Pelakon: Eugene, Cha Soo-Yeon, Park Han-Byul, Jo Eun-Ji, Rie Young-Zin, Kim Hye-Na, Hwang Seung-Eon

Be With Me (1)

Be With Me, 11 Oktober
Seo-hee, Nam-hee dan Lan sedang meneliti kad Tarot yang menyatakan mereka akan memperolehi satu peluang keemasan yang hanya muncul sekali dalam seumur hidup dengan membaca jampi sambil memegang kad tersebut. Jampi magis tersebut hanya memerlukan mereka menyebut nama masing-masing. Selepas mereka mengucapkan jampi tersebut, perkara-perkara mistik mula berlaku. Adakah tindakan mereka bakal menerima ganjaran ataupun hanya mendatangkan mudarat?
Pelakon: Lee Min-Ho, Shin Ji-Su, Han Ye-Ri

The Haunted House Project (1)

The Haunted House Project, 18 Oktober
Selama 42 tahun, enam orang telah hilang, lapan orang telah terbunuh dalam kejadian yang ‘tidak sengaja’ dan sebelas kes pembunuhan telah berlaku dalam sebuah rumah berhantu yang terletak jauh di pinggiran negeri Gyeonggi. Kini, rumah tersebut menjadi tempat larangan dan tidak dibenarkan sesiapapun untuk menjejakinya. Namun, terdapat tiga anggota dari kelab yang taksub dengan pengembaraan ke rumah berhantu telah melanggar amaran tersebut dan pecah masuk ke rumah itu bersama-sama tiga krew dari syarikat penyiaran. Tiba-tiba, mereka hilang tanpa dijejak dan hanya video yang tertinggal. Adakah kebenaran dirakam dalam video tersebut?
Pelakon: Shin So-yul, Yoon Yi-Na, Shin Gyeong-Seon

Ghastly (1)

Ghastly, 25 Oktober
Ka-hee telah mencuba kaedah mistik untuk mengatasi masalahnya yang tidak boleh mengandung. Ka-hee perlu mengorbankan seorang kanak-kanak untuk ritual tersebut. Akhirnya, Ka-hee berjaya mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Bin. Tidak lama kemudian, Ka-hee mati terbunuh dengan kejam. Bin telah dijaga oelh ibu saudaranya, Sunny. Sunny dan suaminya, Jang-hwan berpindah ke rumah Bin.Sejak itu, pasangan muda ini sering mengalami gangguan. Bin juga mula menunjukkan sifat keganasannya. Apakah Sunny akan berjaya membongkar rahsia yang tersimpan dalam rumah tersebut?
Pelakon: Eun-jeong Han, Hyomin, Min-woo No

Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

CLC Terbang Ke Malaysia Bertemu Dengan Peminat

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Cara Mudah Dapat Tiket PERCUMA Anugerah Planet Muzik 2015