in , ,

Pesanan Fazli Zainal Buat Semua, Bersyukurlah dengan Segala Nikmat Allah

Fazli Zainal yang kini masih lagi terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, akibat jangkitan Covid-19 yang dialaminya ada menyampaikan pesanan melalui Instagramnya supaya kita semua bersyukur. Beliau menganggap ujian besar yang dilaluinya membuatkan dia lebih bersyukur dengan nikmat Allah.

Setiap hari, ada saja berita duka dikongsikan di platform media sosial. Ada yang kehilangan ahli keluarga dan ada juga yang terlantar di hospital kerana jangkitan Covid-19.

Daripada virus pembunuh yang dirasakan sebagai sesuatu yang begitu ‘jauh’ dari kita semua, ia kini mula menular pantas masih ke dalam kelompok komuniti terdekat kita.

Setiap hari, ia semakin hampir dengan kita dan perlahan-lahan menyelinap masuk ke dalam kehidupan kita semua jika tidak berhati-hati.

Bagi penyanyi, Fazli Zainal yang kini masih lagi terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, jangkitan Covid-19 yang dialaminya umpama ujian besar yang membuatkan dia lebih bersyukur dengan nikmat Allah. “Allah sayang kita. Banyak sangat nikmat yang Dia dah bagi,”

Menurut penyanyi lagu Harapan itu, apa yang berlaku adalah takdir yang sudah diatur oleh Allah SWT untuk dirinya.

“Covid-19 ini memang jahat, tapi ia terjadi dengan izin Allah. Maka, kita kena bersangka baik selalu kepada Allah.

“Percayalah, terlalu banyak sangat nikmat Allah yang kita kurang syukuri, sedangkan terlampau banyak yang Allah dah berikan,”

– Fazli Zainal

Ujian besar ini secara tidak langsung membuatkan Fazli lebih bermuhasabah dan melihat kembali dirinya sebagai makhluk Allah.

“Jadi, saya mohon kita sama-sama bermuhasabah diri. Mungkin selama ini, kita terlalu sombong dan bongkak dengan kehidupan kita, terlalu bangga dengan kawan-kawan yang kita ada, sedangkan itu semua Allah yang punya.

“Kita tak punya apa-apa langsung. Berlawan dengan Covid-19 yang tak nampak dengan mata kasar ini pun, kita lemah.

“Jadi, percayalah. Jika Allah mahu mengkehendaki sesuatu terjadi, makan terjadilah ia. Tugas kita sebagai hamba-Nya, terus wajib mengikut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya,”

– Fazli Zainal

Fazli juga mengajak masyarakat supaya membuat dan menyebarkan kebaikan kerana itulah yang akan dihitung oleh Allah nanti.

“Buat dan sebarkanlah sejuta kebaikan kerana tak pasti, mana satu akan Dia hitung nanti. Insya-Allah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

“Dia terlalu sayangkan hamba-Nya bersama junjungan besar Rasulullah. Jadi, jangan lupa terus beristighfar dan berselawat kepada-Nya dan Rasulullah SAW,”

– Fazli Zainal

Berkongsi mengenai keadaan kesihataannya setakat ini, doktor memaklumkan mengenai parut yang ada di paru-parunya.

“Semalam, saya dah jalani prosedur X-Ray dan doktor maklumkan, ada parut di paru-paru saya. Doktor juga dah berikan ubat antibiotik, ubat cairkan darah, untuk paru-paru dan juga ubat batuk.

“Memang 24 jam saya perlu bergantung kepada bantuan oksigen ini untuk bernafas. Kalau buka sekejap pun, dah tercungap-cungap.

“Kuman ini terlalu halus. Selepas menyerang paru-paru kita, ia akan meninggalkan parut,”

– Fazli Zainal

Fazli memohon agar orang ramai dapat mendoakan dirinya diberi kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusannya.

*Sumber: Harian Metro & IG Fazli Zainal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Meninggal Dunia Covid 19 | 23

Rakan Selebriti Mengenang Memori & Jasa Baik Allahyarhamah Siti Sarah

Fitri Haris | 24

Zahran Sahabat Mengupas Segala Perihal Covid-19