in , ,

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night telah berlangsung di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2023 yang bertemakan Royale Night dan dihadiri lebih daripada 300 jemputan yang kebanyakkannya merupakan selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial.

HijabistaHub merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016. Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air. Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya. 

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Pembukaan acara berkenaan dimulakan dengan memperkenalkan satu jenama baru iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu.

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Jenama Soultan ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan. 

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan.

Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub ini membuktikan bahawa kualiti dan karya jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana. Dalam ucapan oleh pengarah HijabistaHub juga menyebut bahawa impian mereka yang ingin direalisasikan untuk membawa jenama ini lebih jauh dan lebih dikenali.

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen ini barisan selebriti-selebriti antaranya ialah Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Iman Troye.

Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media social yang tidak asing lagi iaitu, ryan Bakery & Boss James elain persembahan oleh Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel. Kemeriahan sambutan pertunjukkan festyen berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir. 

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Sementara itu, HijabistaHub juga mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi mereka www.HijabistaHub.com dan butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru. Jangan lupa untuk ikuti mereka di platform media sosial untuk segala info yang terkini. 

Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night
Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night
Pertunjukkan Fesyen Koleksi Raya Hijabistahub & Soultan Royale Night

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Polis Sudah Ambil Keterangan Shuhada, Akan Panggil Hafidz Roshdi

RIZMAN RUZAINI

Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, Lancar 100 Koleksi Raya Mampu Milik!