in , ,

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita Berbagi Intuisi

Pelaku seni dengan nama Yura Yunita selalu mengingatkan khalayak tentang betapa antusias dan hebatnya impak setiap karya yang dihasilkan.

Lihat sahaja impak dari single pertama, Intuisi yang telah membuat dia penghargaan Pencipta Lagu Terbaik di penghargaan Anugerah Musik Indonesia pada tahun 2017 dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik di penghargaan yang sama tahun 2018. Yura juga memenangi anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah AMI 2022. 

Setelah itu pemilik nama sebenar Yunita Rachman ini pantas membina reputasi kariernya dalam bidang seni.

Merakit, album yang dilahirkan pada tahun 2018 terus mengukuhkan namanya.

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita Berbagi Intuisi

Dua tahun perlu ‘berpuasa’ menyapa peminat lewat persembahan pentas, suasana dunia yang kembali berputar seperti biasa memberi peluang buat Yura kembali berkarya.

Kali ini, penyanyi dan penulis lagu bahasa Sunda ini mahu lebih dekat dengan penggemarnya di Malaysia.

Maka sebuah persembahan dengan nama unik iaitu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan bertemu peminat pada 2 Februari 2023 di Zepp KL.

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur dibawakan oleh Renjana Idea.

Produksi ini tidak gentar membawakan Yura bertemu peminat di Malaysia pada malam 2 Februari depan kerana percaya magis yang ada pada wanita hebat kelahiran Bandung ini pasti akan menghipnotis peminat untuk berbondong datang merayakan Pertunjukan Tutur Batin.

Seperti uniknya nama Pertunjukan Tutur Batin, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar mengatakan sangat berbesar hati membawa Yura ke Malaysia kerana mahu berkongsi bahagia.

“Karya karya Yura mempunyai statement yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan.

“Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita semua perlu kuat percaya diri.

“Lagu lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Dan kerana itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” ujar Aliya Arisya Anuar.

Bagi Yura sendiri, pinangan dari Renjana Idea telah lama dinantikan.

Rakan duet mendiang Glenn Fredly dari lagu Cinta dan Rahasia ini senang untuk menebarkan harum karyanya di Malaysia, sementelah dirinya juga mempunyai kelompok peminat yang sering mahu melihat dirinya beraksi di tanah air.

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak dari album pertama sehingga Merakit dan kini Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya karya yang terhasil.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang intimasi saya dan peminat berbagi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat juang,” ujar Yura.

Yura Yunita cukup terkenal sebagai salah seorang pelaku seni yang kerap  mengangkat lagu tradisional Sunda lalu disandingkan bersama genre fusion dengan pop moden. Antara karyanya adalah Bandung.

Single pertama yang dihasilkannya adalah Balada Sirkus pada 2014 selepas menyertai pertandingan realiti The Voice dan sempat menjadi anak didik mendiang Glenn Fredly.

Antara lagu hit lainnya adalah Intuisi, Pekat dan Berawal Dari Tatap.

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita Berbagi Intuisi

Oleh itu untuk menyaksikan persembahan Yura Yunita pada 2 Februari 2023 di Zepp KL kelak, sila semak butiran dan harga tiket seperti di bawah.

TUTUR BATIN (standing): RM180

YURA (normal seat): RM250

MERAKIT (Premium seat): RM280

VIP BOX MEET & GREET (max 8 pax): RM4,640

Untuk sebarang tempahan tiket sila layari goliveasia.com.

Tandakan tanggal 2 Februari 2023 untuk sama larut dalam Pertujukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia 32

Ashira Aziz Kini Bahagia Mengenali Crush Pertama Sewaktu Muda