in , ,

Ashira Aziz Kini Bahagia Mengenali Crush Pertama Sewaktu Muda

Beberapa bulan lalu, penyanyi Ashira Aziz berkata dia kini sedang bahagia mengenali lelaki bernama Fairul Ezuan.

Ashira mengakui lelaki itu adalah ‘crush’ pertama ketika waktu muda dahulu dan mereka bertemu semula serta mengatakan kehadiran lelaki itu membuatkan dirinya kembali ceria.

Baru-baru ini, perkongsian Ashira di aplikasi TikTok menjadi perhatian ramai yang tidak dapat menahan ketawa apabila dituduh ‘gila jantan’ oleh sesetengah pihak. 

Meskipun dituduh sedemikian, namun Ashira dilihat tidak mudah melatah malah sempat membuat lawak dengan teman lelakinya mengenai perkara tersebut.

“Abang E (panggilan Ezuan) ceritanya begini, ada orang cakap saya gila ‘menjantan’. Jadi, saya gila atau mereka yang gila?,” kata Ashira.

Perkongsian Ashira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan soalan lucu diajukan oleh penyanyi itu buat kekasihnya.

Sebelum ini, Ashira berkata dia belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga apatah lagi dia masih trauma selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

Terdahulu, Ashira berkahwin dengan penyanyi Bad Indigo pada 11 Mac 2021 namun mengumumkan penceraian pada Jun lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita Berbagi Intuisi

Tentang Filem Aksi DUAN NAGO BOGHO Arahan & Lakonan Sabri Yunus