in ,

Pertunjukan Fesyen MIF RTW 2021/2022 Cipta Kelainan

MARA In Fashion Ready To Wear (MIF RTW) 2021/2022 yang berlangsung di Grand Hyatt mencipta kelainan apabila julung-julung kali diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal dan atas talian bersesuaian dengan negara yang sedang memasuki fasa endemik COVID- 19.

Pemilihan konsep “Ready To Wear” dengan tema “Identiti” kali ini adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada pereka muda untuk menunjukkan “signature style” rekaan pakaian masing-masing dalam usaha untuk menempatkan jenama mereka dikenali di pasaran dan bersaing dengan jenama lain dalam industri fesyen dalam dan luar negara. 

MIF RTW 2021/2022 ini dimeriahkan dengan penglibatan 20 pereka muda yang bakatnya digilap oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi menyemarakkan lagi industri fesyen tanah air. 

MiF Winners All 3

Mereka ini telah melalui empat fasa latihan keusahawanan yang merangkumi aspek dalam perniagaan industri fesyen dan bimbingan secara terus oleh pakar dalam bidang berkaitan seperti Encik Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Reka Bentuk dari Fakulti Seni Lukis UiTM, Fiziwoo dan lain-lain lagi. 

Di samping latihan keusahawanan, pereka yang layak dan berhasrat untuk membuka perniagaan dalam bidang ini akan ditawarkan dengan kemudahan pembiayaan, premis perniagaan serta khidmat nasihat secara berterusan supaya mereka terus kekal berdaya saing di pasaran fesyen. Malahan pertunjukan fesyen hari ini juga merupakan satu platform untuk mereka memperagakan hasil rekaan yang telah dihasilkan sepanjang tempoh latihan tersebut. 

Untuk rekod, MARA In Fashion yang dibangunkan sejak tahun 2016 telah melahirkan 54 pereka fesyen yang hebat yang mampu duduk sebaris dengan pereka tempatan sedia ada seperti Wan & Mary, Ann Khan, Ummi Riaz, Amaze dan ramai lagi. Kejayaan mereka adalah bukti usaha gigih MARA dalam mengetengahkan jenama (branding) bakat pereka muda di pasaran fesyen tempatan. 

Entrepreneur Fashion Design 2

Program ini dihadiri secara fizikal oleh pereka-pereka fesyen ternama tanah air serta pemain industri fesyen di Malaysia.Turut hadir menyaksikan pertunjukan fesyen MIF RTW 2021/2022 adalah Pengerusi MARA, YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Mohd Dun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), YBhg. Dato’ Ramlan Bin Harun, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Azhar Bin Abdul Manaf serta ahli-ahli pengurusan KPLB dan MARA. 

Winner Young Fashion Designer 2
Winner Young Fashion Designer 3
MiF 2122 Winners 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Manifestasi Semangat Juang Pengkarya Indie 3 Negara Dipamerkan Dalam TAPAUfest

MILO Lancar Peraduan Lengkap & Menang, Menawarkan Akaun Simpanan Berisi Wang Tunai