in , ,

Manifestasi Semangat Juang Pengkarya Indie 3 Negara Dipamerkan Dalam TAPAUfest

TELAH berlangsung pada 30 Oktober 2021 (Sabtu), TAPAUfest berjaya menghimpunkan pembikin karya indie dari tiga negara serantau – Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam festival yang menyatukan komuniti untuk bersama menyahut bahawa #lifeislive.

Walaupun terdapat masaah teknikal di awal acara namun acara ini berjaya dilangsungkan dan ia memberi pengalaman yang berharga buat pasukan TAPAUfest terutamanya dalam membawa objektif mencipta pengalaman festival secara online dengan penerapan norma baharu, namun tetap menjunjung suasana sebenar festival.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada My Creative Ventures yang menjadi penyokong utama TAPAUfest melalui Geran Pemulihan Industri Kreatif (GPIK) di bawah PENJANA. Melalui geran ni, kita berjaya untuk menghasilkan sebuah pengalaman festival yang bukan sahaja menghubungkan komuniti indie, malah menyediakan lebih 100 peluang pekerjaan buat pengkarya indie dari Malaysia, Singapura dan Indonesia,” ujar Ahmad Faris yang merupakan Pengarah Festival TAPAUfest.

Tambahnya,” Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dan menonton tapaufest dan memohon maaf terhadap sebarang kekurangan. Kami berharap komuniti indie serumpun terus meyokong satu-sama lain!”

Tapaufest

Penganjuran TAPAUfest secara tidak langsung mengukuhkan lagi jalinan serantau dengan menyatukan pengkarya dan penyokong dalam senario indie dari tiga negara terbabit sebagai satu komuniti di bawah platform: www.TAPAU.asia.

Festival ini  turut mencipta kerjasama dan menyediakan peluang kerja kepada komuniti kreatif serta indie yang sebelum ini terpaksa berhempas pulas meneruskan survival ketika pandemik. Malah juga mempamerkan kemampuan dan keampuhan energi Iedil Dzuhrie Alaudin (Iedil Putra) dan Sharifah Amani sebagai hos mengendalikan siaran langsung ini dari venue yang berbeza.

TAPAUfest telah menyajikan tiga komponen utama iaitu PENTAS (persembahan muzik secara langsung), BENGKEL (peluang mempelajari perkara baharu secara langsung ketika bengkel sedang berlangsung) dan LAYAR (tayangan perdana produksi secara langsung).

Sedikit ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative, Junady Nawawi sebelum TAPAUfest bermula tempoh hari,

“Saya Junady Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative yang terdiri dari MyCreative Ventures, Cendana dan Riuh welcome all of you to Tapaufest 2021.To indie creative of Singapore and Indonesia, we welcome you. Kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada peminat-peminat seluruh tanahair kerana tanpa putus, terus menyokong penggiat industri tempatan. Terima kasih dan amat berbesar hati mampu membantu pengiat-pengiat  industri muzik tempatan melalui PENJANA di bawah payungan Kementerian Penerangan Malaysia. I know it’s been tough, and it’s been a long journey and still have mountains to climb. But hey guys, the future is bright.”

Ahmad Faris yang merupakan Pengarah Konsert dan wakil TAPAUasia Sdn. Bhd turut berkongsi infomasi dan perasaan melalui sesi soal jawab selepas TAPAUfest berlangsung dengan jayanya.

Tapaufest

Soal jawab bersama Ahmad Faris

1. Jumlah tiket/penonton Tapaufest

FARIS: Keseluruhan: 1217

2. Perasaan selepas Tapaufest selesai dilaksanakan

FARIS: Rasa teramatlah lega dan bersyukur. Satu projek yang paling mencabar setakat ni, tapi Alhamdulillah ada pasukan yang kuat, artis yang berbakat dan paling penting sokongan dari komuniti indie Malaysia, Singapura dan Indonesia, kita berjaya hadapi segala dugaan . Festival ini betul-betul deliver experience #lifeislive yang tak sempurna tapi yang penting sampai.

Tapaufest

3. Program dan persembahan artis Malaysia, Indonesia dan Singapura 

Bengkel – Sarapan Untuk Juara oleh Gogon (ID)

Persembahan dari No Good (Malaysia)

Persembahan dari Forests (Singapura)

Bengkel – Huruf Boon oleh Boon Baked (Sg)

Bengkel – Scream & Growl #101 oleh Bear (my)

Persembahan dari Fleur (Indonesia)

Persembahan dari Zee avi (Malaysia)

Persembahan dari Force Vomit (Singapura)

Persembahan dari Sore (Indonesia)

Layar – Ipoh City Slackers oleh Nik Syazwan dan Zim Ahmadi

Layar – Plague Of Happiness “MASA” Documentary (extended version)

Persembahan dari Gard Wuzgut (Malaysia)

Persembahan dari Subsonic Eye (Singapura)

Persembahan dari The Panturas (Indonesia)

Persembahan dari Plague Of happiness (my)

Tapaufest

4. Pembelajaran baru yang dapat setelah melaksanakan TapauFest secara online

Faris: 

1. Kena sentiasa embrace hidup yang sentiasa berlangsung di luar kawalan kita. 

2. Komuniti indie Malaysia, Singapore dan Indonesia teramatlah kuat dan berbakat besar. Buktinya dalam setiap persembahan di Tapaufest.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Stand By Me Doraemon 2

Filem STAND BY ME DORAEMON 2 Ditayangkan di Astro First Bermula 4 November

Fesyen Mif Rtw

Pertunjukan Fesyen MIF RTW 2021/2022 Cipta Kelainan