in ,

TRAVEL: Yang Menarik Tentang PERTH Yang Korang Perlu Tahu

Waktu kecil dulu, saya sering beranggapan bahawa negara yang didiami oleh orang berkulit putih semuanya jauh-jauh belaka. Maklum sajalah, waktu itu saya belum arif soal geografi. Bila dah besar ni baru saya tahu bahawa ‘mat salleh-mat salleh’ terdekat dengan kita tidaklah sejauh mana. Australia rupa-rupanya boleh ditujui dalam beberapa jam sahaja dengan menaiki kapal terbang.

Biarpun menurut peta dunia, kota Darwin di utara Australia merupakan bandar besar terdekat dengan kedudukan negara kita namun tiada penerbangan langsung ke sana dari Kuala Lumpur. Jadi jika ingin mengenali Australia tanpa perlu bertukar pesawat dalam waktu terpendek, Perth merupakan destinasi paling ideal buat rakyat Malaysia. Penerbangannya sekitar 5 jam 30 minit sahaja.

Menarik Tentang PERTH

Yang Menarik Tentang PERTH Yang Korang Perlu Tahu

[dropcap]S[/dropcap]aya berpeluang berwisata ke kota Perth dengan keluarga saya baru-baru ini. Bandaraya ini termasuk di bawah wilayah Australia Barat dan berbanding bandaraya Australia yang lain seperti Sydney dan Melbourne yang jauh lebih sibuk, Perth lebih kecil dan suasananya jauh lebih santai.

Seperti biasa saya suka melancong ketika cuaca lebih sejuk kerana ingin melarikan diri dari kehangatan Malaysia yang kadangkala terlalu panas cuacanya. Lantas, kami sekeluarga ke Perth di hujung bulan Julai tatkala Australia diselimuti musim sejuk. Walau bagaimanapun kesejukannya tidaklah terlalu ekstrem berbanding musim sejuk di Eropah, jadi ia lebih mudah untuk orang ramai bersiar-siar di waktu siang. (Malah, kami juga tidak perlu memakai pakaian yang terlalu tebal).

Setibanya kami sekeluarga di Perth, kami dapati bandarnya kecil dan menarik. Tidak terlalu sesak dan mudah untuk berjalan-jalan. Untuk mudah bersiar-siar, kebanyakan pelancong yang datang ke Perth akan menyewa kereta yang sudah dipesan lewat internet dan diambil dari lapangan terbang. Ini memudahkan untuk ke luar dari kawasan kota kerana Perth mempunyai banyak tarikan lain yang menarik di luar bandarayanya.

[pullquote align=”right”]Dan lebih menyenangkan lagi, untuk pelancong yang beragama Islam terdapat banyak restoran halal di pusat kota Perth. [/pullquote]

Malah bukan sekadar halal, tetapi juga restoran-restoran yang menyajikan masakan Malaysia dan Indonesia. Ini kerana terdapat komuniti Melayu dan Indonesia yang agak besar di Australia (khasnya di Perth yang lokasinya dekat dengan kedua-dua negara tersebut).

Jadi sepanjang di Perth kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang masalah dalam soal makan kerana ada sahaja restoran halal di pusat kota dan kami sempat mencuba beberapa juadah. Dari kebab, sehinggalah sate dan juga nasi semuanya ada di Perth.

Seperti yang disebutkan tadi, Perth mempunyai banyak tarikan di luar kota jadi kami telah dibantu oleh Sightseeing Pass Australia yang telah menyusun atur beberapa aktiviti pelancongan untuk seisi keluarga. Mereka merupakan sebuah syarikat yang mempunyai lebih 150 produk pelancongan (seperti payung terjun, segway, dan macam-macam lagi) dan semuanya dapat disesuaikan mengikut kehendak pelancong (termasuk kembara halal atau halal tours). Kami mula-mula dibawa bersiar-siar ke Lembah Swan atau Swan Valley yang terletak tidak jauh dari pusat kota Perth. Ia hanya di luar sedikit dari bandaraya Perth.

Di kawasan ini kami berkesempatan melihat kebun-kebun anggur yang penduduk tempatan gunakan untuk membuat minuman beralkohol dan dijual. Selain bersiar-siar, mereka tetap menyediakan makan tengah hari halal yang unik dan enak berasaskan sayur-sayuran dan keju.

Di salah satu tempat pembuatan minuman, kami juga dihidangkan minum petang berupa kentang goreng dan minuman ringan. Kami juga dibawa ke tempat pembuatan coklat di mana kami boleh mencuba coklat secara percuma dan membeli bermacam-macam coklat.

Dalam perjalanan pulang, kami minta pemandu untuk menurunkan kami di pusat kota berdekatan Masjid Perth untuk menunaikan solat. Masjid Perth juga mudah untuk dicari kerana berada di kawasan pusat kota.

Pada keesokan harinya kami dibawa oleh pihak Sightseeing Pass Australia ke Taman Hidupan Liar Caversham atau Caversham Wildlife Park. Ia juga terletak di luar pusat kota Perth dan lebih mudah ditujui sekiranya anda menaiki kereta sendiri yang telah disewa.

Seperti biasa kalau ke Australia, tidak lengkaplah percutian ke benua itu tanpa bermesra dengan hidupan liarnya khasnya kangaru. Kami sekeluarga berpeluang memberi makan kepada kangaru dan memegang banyak haiwan lain seperti wombat, koala dan beberapa reptilia kecil yang lain. Ini merupakan satu destinasi wajib kunjung kalau ke Perth. Saya diberitahu terdapat ruang untuk menunaikan solat di situ.

Setelah puas bersua dengan aneka haiwan di situ, kami teruskan perjalanan lagi ke luar kota untuk menikmati makanan tengah hari berupa ‘lobster’ atau udang galah di sebuah pusat ternakan dan penangkapan udang galah terkenal iaitu Lobster Shack. Memang lazat dan menyelerakan. Selain lobster yang disajikan ada juga ketulan makanan laut atau seafood medallion tetapi seingat saya seafood medallion ini mengandungi sos wain putih atau white wine sauce jadi buat yang beragama Islam, nikmati sahaja udang galah segar berserta kentang yang susah nak dihabiskan dalam menu itu! Pelawat Lobster Shack juga boleh melawat kilang mereka dan menyaksikan sendiri bagaimana udang galah ditangkap, dipilih dan dibungkus sebelum dieksport ke seluruh dunia.

Kami kemudian dibawa melawat satu lagi destinasi pelancongan popular iaitu Pinnacles Park. Sebuah taman yang hampir mirip dengan sebuah padang pasir tapi dipenuhi tumpukan batu peninggalan sejarah dari berjuta tahun dahulu. Batu-batu ini terbentuk dari zaman dahulu secara semulajadi di kawasan itu yang satu ketika merupakan kawasan lautan dalam. Kini ia menjadi tarikan semulajadi yang sangat menakjubkan kerana ia benar-benar satu pemandangan yang indah. Banyak sesi penggambaran foto dan klip video pernah dijalankan di situ.

Tidak jauh dari Perth juga adalah kota yang bernama Fremantle yang kaya dengan aneka kedai-kedai kecil yang menjual barangan seni kraftangan, makanan, buah-buahan tempatan dan macam-macam lagi. Terdapat sebuah pasar terkenal di situ yang sering dikunjungi pelancong dan di dalam pasar tersebut terdapat sebuah gerai yang menjual makanan Malaysia yang halal (kami sempat menjamah murtabaknya yang lazat berserta teh tarik).

Pendek kata, selain bandaraya Perth sendiri, terdapat banyak lagi tarikan lain di luar kotanya yang harus dilawati. Jadi sekiranya anda teringin menikmati pengalaman yang baru dalam suasana yang berbeza (tanpa perlua merisaukan soal makanan halal dan sebagainya) Perth adalah destinasi yang sangat sesuai untuk bercuti.

Apalagi dengan keluarga tersayang. Bukan sahaja ia dekat, malah tiket penerbangan ke sana juga tidak terlalu mahal. Andai ada peluang berkunjunglah ke Perth dengan segera! untuk keterangan lanjut layari http://sightseeingpassaustralia.com

Perth :Destinasi praktikal untuk bercuti bersama keluarga
oleh Shah Shamshiri
Terima Kasih Sightseeing Pass Western Australia

Menarik Tentang PERTH

Menarik Tentang PERTH

Menarik Tentang PERTH

Menarik Tentang PERTH

Menarik Tentang PERTH

Menarik Tentang PERTH

Menarik Tentang PERTH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Amal Shell 2016 Kumpul RM735,000

Top 7 Website Tentang POKEMON GO Yang Wajib DIlayari