in

Pertandingan Tarian Singa Akrobatik Sungei Wang Plaza

Sungei Wang Plaza akan mengadakan Pusingan Akhir Pertandingan Tarian Singa Akrobatik Sungei Wang Plaza pada 2 JANUARI 2012 (Isnin) jam 1.45PM di Ruang Legar Sungei Wang Plaza.

Khas dianjurkan bersama Persatuan Kebudayaan Jasmani luen Seng, pertandingan ini diadakan untuk menunjukkan kehebatan kemahiran akrobatik seni pertahanan diri kaum Cina dalam bentuk tarian singa tradisional yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina Sungei Wang Plaza yang bertema Springtime Grandeur dari 29 Disember 2011 hingga 29 Januari 2012.

20 pasukan akan bertanding dalam pusingan pemilihan yang diadakan pada 1 Jan 2012 di mana 10 pasukan akan dipilih untuk masuk pusingan akhir. Pasukan-pasukan ini terdiri daripada ahli professional dan berpengalaman yang pernah memenangi pertandingan antarabangsa. Lebih RM 18,500 wang tunai untuk dimenangi dalam pertandingan ini.

Pemenang utama akan membawa pulang RM 6,000 manakala pemenang tempat ke-dua akan memenangi RM 4,000. Pemenang tempat ke-tiga akan memenangi RM 3,000 diikuti dengan RM 2,000 oleh tempat ke-empat dan RM 1,000 untuk ke-lima. Terdapat juga wang tunai sagu hati yang bernilai RM 500 untuk lima pemenang.

Antara aktiviti lain menarik yang dijalankan semasa musim tahun baru ini termasuklah:

a) Persembahan Tarian Singa Akrobatik pada jam 7.30pm pada 3 dan 4 Januari 2012.

b) Persembahan Tarian Singa pada jam 7.30pm pada 11, 13, 18 & 20 Januari 2012 dan 3pm pada 26 & 27 Januari 2012.

c) Persembahan Tarian Naga pada jam 7.30pm pada 15 & 2 Januari 2012 dan 3pm pada 28 & 29 Januari 2012.

d) Pameran 35 Meter Replika Naga dari 2 – 29 Januari 2012.

e) Pameran Seni & Kraftangan China dari 29 Disember 2011 – 29 Januari 2012.

f) Kemunuculan istimewa Dewa Kemakmuran, Kegembiraan dan Kebahagiaan pada jam 4pm pada 1 Jan, 7 Jan, 8 Jan, 14 Jan, 15 Jan dan 21 Jan 2012.

Pembaca budiey.com dijemput hadir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khasiat Envy The Premium Kollagen

Breakfast@Suria Tangkap Suspek?