in

Breakfast@Suria Tangkap Suspek?

Maaf kerana menganggu anda dengan berita yang menggemparkan ini.

Kejadian ini dilaporkan baharu sahaja terjadi…

Team Breakfast@Suria telah DIANCAM!

Halim Othman dihantar untuk misi menangkap suspek yang ingin melakukan sesuatu perkara yang tak diingini pada team Breakfast@Suria!

Mengapa sedemikian tindakannya sehingga Halim Othman terpaksa mengambil cuti seminggu untuk misi menangkap suspek.

Menurut laporan terkini, Halim Othman kini sedang menjejaki suspek untuk dihadapkan ke muka pengadilan!

Pasukan perisik telah memaklumkan suspek dipercayai seorang lelaki, berketinggian Halim Othman, mulut laser serta suka memandu kereta dengan laju.

Suspek juga mempunyai senjata luar biasa yang antaranya boleh membuatkan orang hilang akal.

Bantulah kami dalam penangkapan suspek ini!

dan..

KAMI PASTI SEGALA-GALANYA AKAN TERBONGKAR 6 JANUARI 2012 INI

Suspek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Tarian Singa Akrobatik Sungei Wang Plaza

Shiha Salma Iqa Mentor Duet Nyanyi Beribu Sesalan