in

Pertandingan Bintang P. Ramlee Kebangsaan 2012

Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan 2012 Penyatuan tiga negara serumpun

[dropcap]R[/dropcap]adio Televisyen Malaysia ( RTM ) Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Pertandingan Bintang P. Ramlee peringkat negeri sejak 1988.

Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada tahun 1993,1997, 2000,202, 2004, 2006,2008 dan 2010. Tahun 2012 merupakan tahun ke 9 diadakan di peringkat kebangsaan dan diadakan di Auditorium Perdana, Kuala Lumpur. Pertandingan ini terbuka kepada mereka yang berusia antara 18 hingga 60 tahun dan melibatkan peserta seluruh negeri mengikut zon seramai 11 pasangan dan termasuk negara luar seperti Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia.

[highlight]Pertandingan Bintang P. Ramlee Kebangsaan 2012 [/highlight]kali ini bersiaran secara langsung pada 3 Disember 2012 menerusi TV 2 jam 9.00 malam. Peserta akan menyampaikan sebuah lagu solo dan sebuah lagu duet bersama pasangan masing-masing. Pertandingan ini diiringi oleh orkestra RTM di bawah pimpinan En. Azman Mustafa atau nama popularnya Man Felda.

[pullquote align=”right”]3 pasangan pengacara akan mengendalikan rancangan pertandingan ini, antaranya Muaz, Almy Nadia, Azie, Erry Putra, Iwan dan Iesya Sanny Toh.[/pullquote]

Pembabitan artis 3G iaitu generasi muda, remaja dan dewasa, antaranya adalah Khai dan Rosma, Ahmad Fauzee dan Ayu, Nassier Wahab serta pembabitan bintang Kecil iaitu Nur Syahdina nadiah Jamirdin, Muhd Shahrezza Abu Samah, Nur Syuhada Afiqah Roestardimon dan pemain violin Adik Nisa Addina Mohd Taufek.

Pertandingan pada malam tersebut bertemakan Taman Firdausi yang mengangkat karya seni Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang sentiasa segar di ingatan hingga kini. Program akan dihiburakan dengan persembahan sketsa secara spontan serta alunan lagu P. Ramlee.

Justeru majlis sidang media ini bakal memperkenalkan barisan peserta seramai 11 pasangan yang mempersembahkan nyanyian secara duet.

Mereka ini merupakan peserta yang telah menjadi johan dalam pertandingan Bintang P.Ramlee peringkat zon yang lepas tahun ini.

Maka pada 3 Disember ini, kesemua peserta akan bertanding di Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee 2012, di Auditorium Perdana, Angkasapuri secara langsung jam 9.00 malam dan akan bersiaran di saluran TV2, Radio Klasik dan Sarawak FM.

Turut hadir di sidang media, YBhg Dato’ Norhyati Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran serta Penerbit Eksekutif Abang Sulaiman Abang Joh ( RTM Sarawak ) dan Encik Yusoff Rashid ( RTM KL ) dan penerbit / Pengarah Rauyah Marzuki ( RTM Sarawak ) dan Haliza Mat Kharsa ( RTM KL ).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ella Belanja Lebih RM200Ribu Untuk Majlis Resepsi

Natrah Versi Drama Bersiri Lakonan Nabila Dally Sasha Saidin