in ,

Ella Belanja Lebih RM200Ribu Untuk Majlis Resepsi

Penyanyi rock tersohor Ella telah membelanjakan RM200,000 untuk majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Azhar Ghazali, 30 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini di Kelab Darul Ehsan di Ampang, Kuala Lumpur.

[dropcap]S[/dropcap]etakat ini Budiey tidak mendapat apa-apa jemputan dari Ratu Rock Ella. Its okay. No hal. Yang penting, Ella cantik dan berseri serta segalaya berjalan lancar pada malam itu. Dengar khabarnya, ramai artis akan hadir di majlis penuh kemeriahan ini. Wah! Bestnya…

Perancang perkahwinan pasangan itu, Syed Yusof Wafa memberitahu portal redcarpet.net.my majlis itu juga turut mendapat pelbagai tajaan daripada pelbagai pihak.

[pullquote align=”right”]”Kami turut mendapatkan beberapa tajaan termasuk baju pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini,” ujarnya.[/pullquote]

Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh 600 tetamu dengan warna kelabu sebagai tema utama.

Antara nama-nama yang telah mengesahkan kehadiran mereka pada majlis itu nanti adalah Fasha Sandha, Nora Danish, Datuk Ramli MS, Datin Ziela Jalil, Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Misha Omar, Amy Search dan Azlan & The Typewriter.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut dijangka hadir sebagai tetamu khas.

Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly itu dengan sekali lafaz pada 7 Julai lalu.

Pasangan itu bernikah di rumah abang kepada Ella di Teluk Gadong, Klang di sini.

Mereka telah berkenalan selama sembilan tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solo.

Ella Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Tiru Gaya Artis Anugerah Juara Lagu 27

Pertandingan Bintang P. Ramlee Kebangsaan 2012