in , , ,

Persembahan Siti Sairah & Umairah Terpilih Famili Duo Pilihan Bawa Pulang RM10,000

Program realiti nyanyian terbaharu di TV3, Famili Duo menyaksikan 5 pasangan selebriti ibu bapa dan anak membuat persembahan di episod 2 yang bersiaran pada Ahad lalu. Siti Sairah & Umairah berjaya menandingi pasangan saingan yang lain dan terpilih sebagai Famili Duo Pilihan dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000.

Siti Sairah dengan gandingan anak perempuannya, Umairah mendapat ‘standing ovation’ daripada juri tetap, Mark Adam dan Didie Alias menerusi persembahan lagu ‘Peluang Kedua’. Perkongsian isi hati daripada Siti Sairah tentang pemilihan lagu ini juga mengusik emosi penonton. Penyertaan dalam Famili Duo memberi peluang kedua dalam kerjaya Siti Sairah dan juga anaknya. Siti Sairah juga berharap anak-anak berada di sisinya sehingga ke hujung nyawa. Persembahan kedua mereka iaitu cover song‘’Temberang” juga mendapat pujian daripada juri apabila video muzik itu dicantikkan dengan koreografi dan keserasian suara yang mantap. Kedua-dua juri juga menitip nasihat kepada Umairah yang mempunyai bakat besar dalam nyanyian supaya sentiasa menghormati dan menyayangi ibunya kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Famili Duo Pilihan Siti Sairah _ Umairah

Turut mendapat standing ovation daripada panel juri ialah gandingan mantap Aisha Retno dengan ibunya, Jen Retno menerusi lagu Kaulah Segalanya. Mark Adam menyatakan persembahan mereka sangat istimewa dan dapat merasai lontaran suara seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang kepada anaknya.

Persembahan Syed Aziz & Ashira yang santai dan bersahaja berjaya mengembalikan nostalgia lagu klasik. Walaupun mempunyai masalah pendengaran, vokal Syed Aziz masih mantap dan dapat menghidupkan nyanyian duet dengan anaknya, Ashira. 

Sharifah Zarina kelihatan sedikit kekok ketika menyanyikan lagu ‘Ragam’ dengan Athalia. Namun, mereka menerima pujian untuk cover song ‘Asalkan Kau Bahagia’. Tidak ketinggalan gandingan Sharifah Shahira dan Tallisya yang sangat menghiburkan dengan pilihan lagu popular Ella, ‘Standing In The Eyes Of The World’. Tidak dapat dinafikan bahawa Sharifah Shahira merupakan seorang penghibur yang versatil apabila suasana studio menjadi ceria dan riuh semasa persembahan mereka. 

Famili Duo Pilihan  Siti Sairah _ Umairah

Berikut ialah senarai persembahan lagu di episod 2:

  • Siti Sairah & Umairah (Peluang Kedua / cover song: Temberang)
  • Aisha Retno & Jen Retno (Kaulah Segalanya / cover song: When You Believe) 
  • Sharifah Zarina & Athalia (Ragam / cover song: Asalkan Kau Bahagia)
  • Ashira & Syed Aziz (Gubahanku / cover song: Gelora)
  • Sharifah Shahira & Tallisya (Standing In The Eyes Of The World / cover song: Hopelessly Devoted To You)

Episod 3 yang bakal bersiaran pada malam Ahad ini menampilkan pasangan suami isteri iaitu Azwan Kombos & Ezzaty AbdullahSalma Asis & Azri, Anas Ridzuan & Ana Syuhada, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana serta Lan Solo & Sheila.  

Famili Duo dibawakan oleh foodpandakeriangan dengan setiap pesanan! dan bertindak sebagai penaja utama musim ini. Spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV, musim perkenalan Famili Duo di TV3 menampilkan 40 pasangan selebriti popular Malaysia bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. 

Sharifah Shahira _ Tallisya

Setiap pasangan selebriti dikehendaki untuk membuat dua persembahan iaitu satu ‘cover song’ dalam video muzik dan satu nyanyian di pentas. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri tetap. Juara mingguan iaitu Famili Duo Pilihan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000.

Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad, dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap. Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad yang diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit.

Famili Duo bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam, anda juga boleh menontonnya  di www.tonton.com.my Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Sharifah Zarina _ Athalia (2)

Senarai peserta Famili Duo: 

EpisodHubungan Selebriti
1adik-beradik Amira Othman & Irfan HarisYamani Abdillah & Zaki YamaniNaim Daniel & Emylia IzzatiSyafie Naswip & SapawiTajul & Beby Acha
2ibu/bapa dan anakSiti Sairah & UmairahAshira & Syed AzizAisha Retno & Jen RetnoSharifah Zarina & AthaliaSharifah Shahira & Tallisya
3suami isteriAzwan Kombos & Ezzaty AbdullahSalma Asis & AzriAnas Ridzuan & Ana SyuhadaNadzmi Adhwa & Ardell AryanaLan Solo & Sheila
4ibu/bapa dengan anakAmyza Aznan & AdrianFauzi Nawawi & Fareez FauziAmelina & PuteriLiza Abdullah & Naffiz ZolkefliShajiry & Hafiz
5sepupuOja & Eka CarameltAman Nassim & Zarina ZainoordinHefny Sahad & Qiqin MuseAra Johari & Syafiq ErwinFiza Thomas & Nasfikry
6bapa saudara/ibu saudara dan anak saudaraEzad Lazim & Along ZaimiAsmidar & Tiar ZainalZamani & ZynakalEranz & Rina Azhar Ayu Damit & Shah 
7adik-beradikSharif Zero & Atu ZeroIeda Moin & Eddy MoinShiha Zikir & Ieda ZikirSarah Fazny & BoyJiwa Firdaus & Farhan Mustapha
8suami isteriAepul Roza & Leez RosliHaziq Hussni & Ayunda PutriIfa Raziah & YaniRosma & KhaiTuju & Loca B
Aisha Retno _ Jen Retno (1)
Juri tetap Famili Duo Didie Alias
Juri Tetap Famili Duo Mark Adam
Syed Aziz _ Ashira

Mengenai TV3

Stesen TV No. 1 Malaysia sentiasa menghasilkan kandungan rancangan terbaik yang mencetus fenomena sepanjang 34 tahun bersiaran. Antaranya, drama bersiri – Nur, Leftenan Zana dan 7 Hari Mencintaiku. Rancangan anugerah – Anugerah Juara Lagu dan juga rancangan realiti seperti Immortal Songs, Vokal Mania,  Lagu Cinta Kita 2 dan I Can See Your Voice Malaysia. Buletin Utama telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi pada setiap hari manakala Saluran YouTube TV3 – @TV3MALAYSIAOFFICIAL bukan sahaja menghimpunkan rancangan-rancangan popular siaran TV3 malahan ia juga merupakan antara saluran YouTube yang paling tinggi langganan di Malaysia.

Mengenai tonton & XTRA

Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

Selain dari itu, dapatkan gosip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Mengenai foodpanda

foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia Pasifik berazam membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah. Dengan kecanggihan teknologi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuklah pandamart – perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian yang akan memberikan lebih banyak pilihan di sebalik jutaan pilihan penghantaran makanan yang lain. foodpanda beroperasi di lebih daripada 300 bandar di seluruh 12 pasaran di Asia Pasifik – Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kambodia, Myanmar, dan Jepun. foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com

Mengenai Delivery Hero

Delivery Hero berada di 39 negara daripada 45 negara di mana ia beroperasi di Eropah, Amerika Latin, Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. Delivery Hero juga mengendalikan perkhidmatan penghantarannya sendiri terutamanya di lebih 600 bandar di serata dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih daripada 27,000 kakitangan. Delivery Hero disenaraikan di dalam Bursa Saham Frankfurt dan menjadi sebahagian daripada indeks DAX (Deutscher Aktienindex) terkemuka pada tahun 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Umum Bakal Hadir Dengan Penawaran Penstriman Berkualiti Tinggi Spotify HiFi

Kegiatan Cetak Rompak Masih Berleluasa, Kerugian Dicatat Lebih RM3 Bilion Setahun