in , ,

Persembahan Maya 360 Darjah Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

Persembahan Maya 360 Darjah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Dalam  KONSERT ‘MANIFESTIVAL SITI NURHALIZA X HOTKOOL’

Sejak 3 Julai lalu, industri muzik Malaysia kembali rancak apabila figura muzik tersohor tanahair Dato’ Sri Siti Nurhaliza melancarkan album terbaharunya ‘ManifestaSITI2020’. Selepas suram dilanda situasi ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 yang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan yang membantut aktiviti seni, kemunculan album penyanyi yang mesra disapa sebagai Dato’ Siti ini datang tepat pada waktunya bagi merancakkan kembali dunia seni.  

Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

Album yang mendapat makluman positif daripada pendengar muzik tempatan itu, bukan sahaja mendapat sambutan hangat di platform digital  malah album fizikalnya juga laris dijual. Sempena pelancaran album ini, penyanyi lagenda negara ini menjayakan sebuah konsert interaktif dalam talian, Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool, pada 21 Julai 2020 yang lalu. 

Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool merupakan hasil kolaborasi di antara Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions bersama stesen radio Hot FM dan Kool FM. Konsert ini turut didukung oleh Unifi sebagai rakan penyiar rasmi dan Donna sebagai rakan media rasmi.

Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

Konsert yang menelan kos perbelanjaan hampir RM180,000.00 ini mengambil inspirasi daripada konsert dalam talian yang pernah dianjurkan di Korea dan Thailand sebelum ini.

Menggunakan aplikasi sidang video Zoom, konsert interaktif dalam paparan 360 darjah ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, sekaligus menjadikan Dato’ Siti sebagai artis pertama yang terlibat dalam konsert dalam talian berskala besar. 

Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

 “Konsert ini hanya memberikan akses terhad kepada 500 peminat terpilih menerusi peraduan yang dijalankan oleh radio rasmi Hot FM dan Kool FM, rakan media Donna serta menerusi laman media sosial Dato’ Siti dan Universal Music Malaysia.

Walaupun peraduan tersebut mendapat sambutan hangat peminat, tetapi disebabkan kekangan jumlah maksimum penonton yang dibenarkan oleh aplikasi Zoom, kami hanya boleh memilih 500 orang sahaja.

Namun begitu, ianya masih dikira sebagai skala besar kerana kejayaan memaksimumkan jumlah penonton untuk konsert dalam talian seperti ini, boleh diumpamakan kita berjaya memenuhkan satu panggung,”

– Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar.

Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali berkata,

Konsert maya Manifestival Siti Nurhaliza telah memberi satu pengalaman baru kepada penonton dan pendengar Hot FM dalam dunia digital dimana peminat yang bertuah dapat berinteraksi bersama penyanyi nombor 1 Malaysia walaupun tidak berada secara fizikal di situ.

Idea Konsert maya seperti ini mungkin boleh diteruskan lagi bertepatan dengan kemajuan teknologi digital masa kini.”

– Ainul Farhana Razali
Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

Manakala Ketua Program Kool FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan menjelaskan 

Kool FM telah memberi sebanyak 32 pautan akses sebagai hadiah kepada pendengar bertuah bagi menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool secara maya dan sambutan yang diterima daripada pendengar amat menggalakkan.

Menerusi kerjasama ini juga, Kool FM telah menjemput Dato Sri Siti Nurhaliza ke studio Kool FM bagi mempromosikan album terbaru beliau iaitu ‘ManifestaSITI2020’.”

– Raja Khairil Idris Raja Aznan
Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

Mengulas tentang matlamat dan pengalaman beliau menjayakan konsert interaktif Manifestival Siti Nurhaliza X Hot Kool ini, Dato’ Sri Siti berkata, 

Konsert ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti promosi album ManifestaSITI2020 dan ini merupakan pengalaman baru saya kerana menjayakan sebuah konsert maya yang bersifat interaktif, peminat bukan sekadar boleh menonton persembahan saya dari rumah masing-masing tetapi mereka juga berpeluang berinteraksi dengan saya.

Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan para peminat yang terpilih di layar Zoom dan ini mendekatkan kami walaupun Malaysia masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

– Siti Nurhaliza
Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

Bagi peminat yang ketinggalan menyaksikan konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool ini secara langsung pada tempohari, anda kini boleh menyaksikan video rakaman konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HotKool yang akan dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 12 OGOS 2020 bermula daripada jam 7 pagi hingga 9 pagi.

Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool
Konsert Manifestival Siti Nurhaliza X HootKool

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Sulung Khai Bahar Diteruskan, Mungkin Berpindah Lokasi

Pelakon Erynne Erynna Selamat Bersalin Anak Pertama