in , ,

Persembahan LAWAK KE DER 2015 di Istana Budaya

‘Lawak Ke Der’ merupakan persembahan komedi yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012 lagi. Lawak Ke Der 2015 adalah produksi keempat susulan daripada ‘Lawak Ke Der?’, ‘Lawak Ke Der 2’ dan ‘Lawak Ke Der 3’.

Seperti setiap siri Lawak Ke Der yang lalu, Lawak Ke Der 2015 juga akan mengekalkan mutu persembahan setiap pelawak yang ditampilkan. Ini akan dipastikan oleh pengarah persembahan iaitu pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac.

Lawak Ke Der sememangnya dikenali sebagai persembahan komedi yang berkualiti. Antara pelawak yang pernah membuat persembahan dengan Lawak Ke Der setakat ini adalah Johan, Zizan, Kumpulan Osbon, Harun Salim Bachik, Ahmad Nabil dan Kumpulan Jambu.

Tahun ini, penonton pasti akan terhibur dengan persembahan yang akan disajikan oleh pelawak-pelawak terbaik negara :

Harith Iskander – Bakatnya dalam bidang komedi tidak dapat disangkal lagi, sehingga dia digelar sebagai The Godfather of Malaysian Stand-Up Comedy. Jika selalunya Harith dilihat membuat persembahan dalam Bahasa Inggeris, dengan Lawak Ke Der penonton akan dihiburkan dengan cerita-cerita lucunya yang disampaikan dalam Bahasa Malaysia.

Afdlin Shauki – Sebelum terkenal dengan persembahan komedi secara berkumpulan, Afdlin merupakan seorang stand-up comedian. Ramai yang mengenali Afdlin sebagai seorang pengarah, pelakon, penyanyi dan pemuzik. Lawak Ke Der 2015 menjemput anda semua untuk mengenali Afdlin Shauki sebagai seorang pelawak solo.

Douglas Lim – Ramai yang sering lupa bahawa Douglas Lim sudah mewarnai industri hiburan tanahair sejak tahun 1998 lagi menerusi sitkom ‘Kopitiam’. Sejak dari itu, Douglas membuktikan bakatnya yang pelbagai. Kini, Douglas bergelar pengarah, pelakon, pelakon muzikal, penyanyi, pencipta lagu, penulis dan pelawak sepenuh masa. Ini kali ke-3 Douglas akan menjayakan persembahan Lawak Ke Der.

Bocey – Kumpulan ini dianggotai Acey (Juara Bintang Mencari Bintang 2013) serta Fard & Abam (Naib Juara Bintang Mencari Bintang 2013). Walaupun mula berkecimpung dalam bidang komedi secara berasingan, mereka berjaya disatukan menjadi sebuah kumpulan komedi yang baik. Ini terbukti apabila mereka memenangi tempat ketiga dalam Maharaja Lawak Mega 2013 dan tempat kelima dalam Maharaja Lawak Mega 2014.

Selain daripada nama-nama besar di atas, Lawak Ke Der 2015 akan memperkenalkan seorang bakat baru yang bernama Rayza Mukmin. Namanya mungkin tidak anda kenali, namun selepas menonton Lawak Ke Der 2015, perhatian anda pasti akan beralih ke pelawak muda yang kaya dengan ide segar ini.

LAWAK KE DER 2015 akan bertemu anda di Istana Budaya pada 16 April sehingga 19 April (persembahan pada jam 8.30 malam pada setiap hari/persembahan jam 3 khusus untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja). Harga tiket adalah RM56, RM86, RM126, RM156 dan RM176.

PROMOSI ISTIMEWA : Setiap pembelian tiket Lawak Ke Der 2015 DAN Teater Baik Punya Cilok sebelum 1 April 2015 akan diberikan diskaun sebanyak 20% setiap persembahan.

Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz dan di kaunter Box Office Istana Budaya. Untuk sebarang pertanyaan tentang pembelian tiket, sila hubungi 03 4147 8600

Lawak Ke Der 2015 - Poster Istana Budaya

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jom Sertai Bengkel MAKE ME A TV PERSONALITY

Karnival Jom Heboh 2015 Lebih Meriah