in

Persembahan Lapan Penyanyi Malaysia di Malaysian Supernova Concert Perancis

Semalam, 27 Januari telah berlangsungnya sebuah konsert yang memperkenalkan muzik dan penyanyi Malaysia ke mata negara Perancis, Konsert Malaysian Supernova di Cannes, Perancis. nun jauh di sana, Budiey memang tak dapat pergi. Tapi Budiey doakan semua artis terlibat dapat memberikan pesembahan yang mampan dan bukan ala kadar aje. Budiey ucapkan tahniah buat kesemua penyanyi yang terpilih iaitu Bunkface, Hujan, Jaclyn Victor, Amanda Imani, Goldfish & Blink, Sasi The Don, ZE! dan Nadhira.

[pullquote align=”left”]Artis yang terpilih ke Malaysian Supernova Concert ialah Bunkface, Hujan, Jaclyn Victor, Amanda Imani, Goldfish & Blink, Sasi The Don, ZE! dan Nadhira.[/pullquote]

[dropcap]K[/dropcap]alau kita tengok pada senarai artis yang buat persembahan, bolehlah kita simpulkan di sini ianya satu gabungan genre yang menarik dengan muzik indie rock, pop, RnB, electro dan reggae pastinya ia akan menyerlah setiap muzik dengan sentuhan Malaysia.

Konsert Malaysian Supernova dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Budiey dapat info, ahun ini buat pertama kalinya Malaysia telah menyertainya. Yang pasti, persembahan ini tentunya akan membuka mata masyarakat negara luar dengan kehebatan dan bakat yang dimiliki oleh artis-artis dari negara ini. Selain itu, konsert di luar negara ini pastinya satu langkah kerajaan untuk membuka peluang kepada penyanyi Malaysia memasuki arena antarabangsa dengan lebih giat lagi.


Kalau korang nak tau, Konsert Malaysian Supernova ni adalah salah satu konsert yang diadakan semasa pameran perdagangan terbesar di dunia bagi industri muzik yang dikenali sebagai MIDEM.

MIDEM adalah singkatan untuk Marché International du Disque et de l’Edition Musicale yang diadakan setiap tahun di dalam dan sekitar Palais des Festivals et des Congrès di Cannes, Perancis. Acara yang diiktiraf sebagai pameran perdagangan terbesar di dunia bagi industri muzik, telah diadakan sejak tahun 1967. Beberapa ribu pemuzik, pengeluar, pengurus, dan wartawan dari seluruh dunia akan menghadiri acara berkenaan, yang kini diadakan di akhir bulan Januari.

Kita harapkan industri muzik Malaysia terus berkembang dan dapat diterima oleh peminat seluruh dunia seperti mereka menerima muzik K-Pop juga.

Selamat maju jaya kepada artis-artis yang akan tampil di perancis nanti dan semoga mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Take care, jaga diri di negara orang. Jangan nakal-nakal dan jangan lupa bawa pulang ole-ole untuk kitorang, okay.

Malaysian Supernova Concert Perancis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Irwansyah Ditangkap Pesta Dadah Bersama Isteri

Amanda Imani New Face of ZA Malaysia