in

Persembahan Fesyen SYOMIRIZWA GUPTA di KLFW2015

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015 atau ‘Kuala Lumpur Fashion Week 2015’ (KLFW2015) yang bakal berlangsung bulan ini bermula 12 hingga 16 Ogos 2015 pasti ditunggu-tunggu peminat dan pemerhati fesyen tempatan terutama sekali untuk menyaksikan koleksi pertama Syomir Izwa di bawah nama jenamanya yang terbaru, Syomirizwa Gupta.

Ketika menjelaskan tentang perubahan ini yang dianggapnya satu proses semulajadi dan disifatkan sebagai menunjukkan perkembangan jenamanya ke tahap yang lebih memberangsangkan, Syomir ternyata begitu teruja untuk mempersembahkan hasil kerjanya kepada peminat-peminat jenama tersebut.

“Jenama Syomirizwa Gupta adalah lebih berstruktur jika dibandingkan dengan sebelum ini. Kami sebagai sebuah pasukan telah membuat perubahan-perubahan positif terutama dari segi promosi dan pelan jualan. Satu lagi perubahan yang telah kami lakukan adalah dari segi delegasi di mana kami telah memperuntukkan pekerja-pekerja yang berlainan yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas yang berlainan seperti pengendalian acara khas, pertunjukan fesyen, kepuasan pelanggan dan juga media dan perhubungan awam. Kami amat yakin bahawa dengan perubahan-perubahan ini, ia akan menghasilkan pengalaman yang lebih mesra dan bersifat lebih peribadi kepada klien kami, dan memberikan saingan yang lebih baik di dalam industri yang semakin berkembang ini,” kata Syomir dengan lebih mendalam.

Persembahan Fesyen Syomirizwa Gupta Di Klfw2015

SYOMIR IZWA BAKAL MEMPERSEMBAHKAN KOLEKSI PERTAMA DI BAWAH NAMA SYOMIRIZWA GUPTA DI MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2015

Mempunyai lebih 12 tahun pengalaman di dalam bidang fesyen, dan dengan reputasi hebat mereka dan memakaikan persalinan bagi nama-nama besar di dalam industri hiburan tanahair, Syomir menekankan bahawa jenama yang baru ini akan terus menitikberatkan identiti dan nilai estetikanya sebagai seorang pereka fesyen. Namun begitu, dia juga ingin diberikan kebebasan untuk memperlihatkan sisinya yang agak berlainan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Menurut Syomir, “Minat saya yang mendalam terhadap subjek sejarah dan warisan budaya dapat dilihat dengan jelas di dalam kesemua koleksi saya – samada daripada pengaruh Asia, Eropah atau benua lain di dunia ini. Ianya juga telah menjadi sebahagian daripada DNA jenama saya untuk menggabungkan pelbagai elemen-elemen ini sebagai sebuah cerita yang akan diserapkan ke dalam rekaan-rekaan saya, dan menjadikannya relevan kepada dunia hari ini”.

KLFW2015 akan menyaksikan Syomir mempersembahkan koleksi musim bunga dan panas 2016 yang disifatkannya sebagai lebih sofistikated dan seksi. Syomirizwa Gupta bakal tampil dengan helaian bernada feminin dan lembut tetapi juga agak berstruktur justeru memberikan lebih banyak pilihan kepada wanita. Dikenali sepanjang kariernya dengan penggunaan warna yang berani, Syomirizwa Gupta kini akan bereksperimen dengan tona monotone dan rekaan yang lebih halus. “Ianya tentu sekali satu koleksi yang amat fokus. Cerita yang bakal saya persembahkan kali ini adalah lebih mendalam” katanya lagi.

Koleksi musim bunga dan panas 2016 Syomirizwa Gupta bernada lebih segar dan menggoda bagi meraikan fasa baru jenama tersebut. Sedang Syomir dan ahli pasukannya yang berdedikasi bertungkus lumus menyusun strategi untuk mempersembahkan koleksinya di KLFW2015, dia tidak pernah melupakan cita-cita dan aspirasinya sejak dia mula-mula menjejakkan diri di dalam bidang fesyen – iaitu untuk mereka persalinan-persalinan hebat bagi wanita di seluruh dunia.

“Kami pastinya akan membawa rekaan Syomirizwa Gupta ke Eropah dan Australia berdasarkan kepada kajian yang kami lakukan dan senarai klien kami. Industri fesyen Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan bakat-bakat baru dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa meningkatkan inovasi dan taraf kreativiti saya demi menaikkan lagi nama jenama saya, bukan sahaja di Malaysia malah di persada antarabangsa. Saya dengan ini juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menyokong kerjaya saya,” kata Syomir mengakhiri perbualan.

Persembahan Fesyen Syomirizwa Gupta Di Klfw2015

Persembahan Fesyen Syomirizwa Gupta Di Klfw2015

Persembahan Fesyen Syomirizwa Gupta Di Klfw2015

Persembahan Fesyen Syomirizwa Gupta Di Klfw2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik VIdeo & Lirik KU TINGGALKAN CINTA – Marsha Milan

KL Converge! 2015 Sediakan Pengalaman Digital untuk Semua