in ,

Muzik VIdeo & Lirik KU TINGGALKAN CINTA – Marsha Milan

Drama bersiri terbaru berjudul ‘Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa’ menemui penonton ke kaca televisyen. Kisah cinta romantik lakonan Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Mimi Lana dan pelakon dari Jepun, Shogen Itokazu. Sebuah naskah terbitan Motion Pictures Sdn Bhd di bawah sutradara Amor Rizan. Menariknya sesi penggambaran untuk drama ini hampir 50 peratus dilakukan di Okinawa, Jepun. Diselitkan juga seni bela diri karate sebagai warna penceritaan utama. Drama tersebut akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos, setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Bella dan Mustika HD.

marsha milan londoh

Sebagai menyemarakkan lagi viral drama ini di laman sosial, sebuah muzik video dihasilkan. Dari segi teknikal, muzik video ini sangat cantik. Vokal Marsha dah banyak ada peningkatan. Lebih matang. Tahniah buat Marsha. Semoga dengan adanya single terbaru ini dapat meningkatkan populariti Marsha di persada seni suara.

JUDUL : KU TINGGALKAN CINTA DI OKINAWA (KCDO)
EPISOD : 26 episod
TARIKH / MASA : Mulai 5 Ogos 2015 (Rabu, 9.30malam)
SIARAN : Astro Mustika HD (134) & Astro Bella (133)
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Double Vision Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Shogen Itokazu, Mimi Lana, Natasha Elyzza, Najua Pramlee, Didie Alias

WATAK PELAKON
Hanis Zalikha sebagai Alisa
Sharnaaz Ahmad sebagai Raykal
Shogen Itokazu sebagai Shun
Didie Alias sebagai Dato Sherry
Mimi Lana sebagai Riana

Lirik KU TINGGALKAN CINTA

Telah ku pendam sekian lama
Tidak ku mahu meluahkannya
Walau itu pernah kau pinta
Mungkin benar suratanNya

Harus di sini noktahnya kita
Walau berjanji terus setia
Namun aku punya alasanku
Untuk.. Berpaling rindu

Biarkan ku kasih
Biar aku berlari dari memori
Ku kelam kan sendiri walau engkau cahayaku
Demi bahagiamu

Kutinggalkn cinta
kerna takkan mungkin kita bersama walau kau janjikan seribu bahagia dengan seribu kata cinta

Kutinggalkan cinta
dengan diiringi seribu doa
moga kau kan bertemu seorang pencinta
yang jauh sempurna

Masih ku dengar suara tangisan
Saat ku ucapkan perpisahan
Satu tika masa hadapan
Kan kau akur apa ku korbankan

Penyanyi: Marsha Milan
Lagu: Amorizan
Lirik: Amorizan
Susunan Muzik: Adi 6ixth Sense
OST drama bersiri, Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Penentuan AF2015

Persembahan Fesyen SYOMIRIZWA GUPTA di KLFW2015