in

Persembahan Eksklusif Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan, sebuah persembahan eksklusif yang menggabungkan tiga penyanyi terkenal dari Malaysia dan Indonesia akan diadakan di Ballroom Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2014 jam 8.00 malam. Persembahan eksklusif ini bakal menyaksikan gandingan penyanyi Dato’ Rossa, Dato’ Jamal Abdillah dan Afgan.

Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan akan menampilkan pelakon Hanez Suraya sebagai pengacara yang akan mengendalikan bersama penyampai radio Hot FM iaitu AG

Tujuan Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan diadakan adalah untuk memberikan sokongan kewangan khusus buat pusat perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM). Malam gala tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada Anak-Anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB).

Pada hari Rabu, 8 Januari 2014 lalu, sidang media Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan telah berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur untuk mengumumkan persembahan ini kepada media. Selain, Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali selaku Pengerusi Eksekutif Airish Global Sdn Bhd, penyanyi Afgan juga turut hadir memeriahkan sidang media ini. Penyanyi Dato’ Rossa tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan terpaksa dirawat di hospital Singapura.

Hanez Suraya Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Menurut Hanez Suraya sebagai pengacara:

“Pada majlis tersebut saya akan digandingkan dengan AG. Risau juga nak menggalas tanggungjawab besar ini, tetapi saya mahu mengasah bakat dan melihat sejauh mana kemampuan diri dalam bidang ini.”

Menurut Afgan pula:

“Saya rasa begitu bangga kerana dapat bekerjasama dengan nama-nama besar bidang hiburan dari dua negara. Bakal mendendangkan sebanyak lima buah lagu, saya tidak mahu lepaskan pengalaman berharga ini untuk memberikan yang terbaik kepada semua yang menonton yang hadir pada malam tersebut.”

Menurut Dato’ Mohd Aizuddin Mohd Ghazali selaku Pengerusi Eksekutif Airish Global Sdn Bhd berkata:

“Idea untuk mengadakan malam dana ini merupakan idea daripada Rossa. Kami sangat berbangga dapat bersama-sama dalam menjadikan malam gala ini satu malam yang penuh bermakna. Selain berhibur dengan persembahan hebat daripada Rossa, Jamal dan Afgan, hadirin yang datang juga boleh bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menerusi pembelian tiket.”

Airish Global Sdn Bhd tampil sebagai penaja utama ‘Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan’ dengan kerjasama Event Resources and Services. The Royale Chulan Hotel juga merupakan penaja bersama bagi malam itu nanti. Tiket-tiket boleh didapati menerusi talian 011-25115715, 013-2009481, 012-2165948 atau 018-2699214.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM350, RM500, RM750 dan RM1,000 (platinum) termasuk set makan malam.

Persembahan Eksklusif Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Hanez Suraya Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jay Chou Beli Kereta Batman di Pavilion KL

Senarai Penuh Pencalonan Golden Globes Awards Ke-71