in

Jay Chou Beli Kereta Batman di Pavilion KL

Ish, siapa tak kenal dengan Jay Chou, seorang penyanyi dan pelakon Taiwan yang tersohor lagi berharta, kalau tak kenal, dia telah muncul dalam sebuah filem Hollywood “The Green Hornet” berlakon bersama Seth Rogen dan Cameron Diaz, pada siapa yang tak kenal, Jay Chou ni cukup minat dengan buku komik adiwira seperti Batman, Spider0Man dan sebagai nya sehinggakan baru-baru ini beliau telah membeli sebuah Batmobile di Amerika Syarikat!

Jay Chou

[pullquote align=”right”]Kalau nak tahu, Batmobile adalah kereta hitam besar yang terkenal yang dimiliki oleh superhero dari animasi DC, Batman. Kira mahal jugalah kereta ni. Kalau korang semua tonton filem ni, Batmobile boleh berubah dalam macam-macam reka bentuk.[/pullquote]

Bagi Jay Chou, beliau sangat menggemari kereta Batmobile yang direka bentuk seperti dalam filem Batman lakonan Tim Burton pada tahun 1989.

Semasa kunjungan beliau di Malaysia pada 4 Januari lalu untuk berlakon dalam iklan komersial selama tiga hari, Jay Chou dilaporkan telah berminat untuk membeli sebuah Batmobile yang dipamerkan di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Menurut sumber, Chou telah melawat Pavilion dua kali untuk memujuk pengurus jualan untuk menjual kepadanya model kereta yang dihasilkan semula daripada Batmobile itu. Pemilik telah bersetuju untuk menjual kenderaan tersebut kepadanya walaupun pada hakikatnya ia tidak boleh dipandu. LOL!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Hotlink 4G Sempena Tahun Baru Cina

Persembahan Eksklusif Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan