in ,

Persediaan Glamour Era 20-an PARTY OF THE CENTURY Empire City

Jarang betul nak ‘care’ sangat pasal tema ni, biasanya Budiey ni jenis belasah je pakai apa sahaja, tapi bila dah penganjur beria-ia benar suruh Budiey pakai suit ala The Gatsby yang menampilkan The Glamorous Era 1920-an, jadi Budiey pun terus mendapat tajaan daripada Topman berupa sepasang suits tuxedo dari Topman. Nak kata, suits tuxedo ni sesuai atau tidak Budiey pun tak pasti, tapi okay lah kan sebab dapat tajaan. Terima kasih kepada Topman yang sudi menaja sepasang suits berwarna biru gelap kepada Budiey untuk digayakan semasa Party of the Century itu nanti. Yang pasti, Budiey boleh pakai balik suits tuxedo di majlis-majlis lain di kemudian hari, ye dok?

Tengah Fitting Suit Tajaan Dari Topman Untuk Dipakai Masa Hadir Di Party Of The Century Pd 23 Jan Ini Di Empire City. Tema Pada Malam Tu Ialah Glamourous 192O'S. Amacam Okay Tak? Yay Or Nay?  Kpd Yg Nak Pass Eksklusif Bertemu Paris Hilton &Amp; 2Am, Boleh Joi

Amacam okay tak?

Pastinya, ramai yang dah dapat tiket tak sabar untuk menghadiri party ini. Bukan apa sangatlah, party ni sangat grand dan cukup happening. Tema Glamour Era 20-an bertujuan meraikan Empayar City sebagai sebuah lokasi hiburan dan gaya hidup yang akan menjadi tumpuan ramai mengikut cita rasa tinggi untuk bersantai dan berhibur.

Kepada peminat tempatan yang ingin menyaksikan selebriti popular Hollywood, Paris Hilton secara lebih dekat di depan mata, jangan lepaskan peluang bertemu dengannya pada 23 Januari ini.

Kemunculan eksklusif bintang sensasi dan kontroversi ini adalah sebagai tetamu khas sebuah acara ‘Party of the Century’ yang akan diadakan sempena perasmian pusat komersial, Empire City di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Paris atau nama sebenarnya Paris Whitney Hilton, 33, adalah pernyanyi, model dan pelakon yang sebelum ini dikenali menerusi program realiti TV sendiri, The Simple Life. Cucu yang juga pewaris empayar milik keluarga Conrad Hilton (iaitu pengasas Hotel Hilton) pernah popular menerusi single, Star Are Blind dan berlakon dalam filem House of Wax.

Selain Hilton, acara tertutup itu juga bakal dihadiri tetamu kenamaan (VIP) dari seluruh dunia termasuk persembahan istimewa daripada Paris dan beberapa artis antarabangsa lain seperti band Kpop, 2AM, Taboo (Black Eye Peas), DJ Ken dan pemuzik kelahiran Australia, Mark Vincent.

Nak menang tiket? Haa, Budiey ada 10 tiket untuk anda menangi. Klik SINI.

Party Of The Century

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Black Hanifah Dua Hari Tak Makan Teruja Dapat Anak Pertama

Ayai Ilusi Guna Duit Menang Gegar Vaganza Tunai Ibadah Haji