in , , ,

Persaingan SFMM35 Makin Sengit, 7 NASIHAT Diangkat Sebagai Lagu Terbaik

Sesuai dengan tema ‘Alamilah Persaingan Di Antara Yang Terhebat’ pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) episod kedua terus dihangatkan dengan persembahan memukau para artis yang bertanding.

Sebanyak 10 buah lagu yang dipertandingkan pada malam ini antaranya, Floor 88 (Hutang), Amir Masdi (Kau Sakiti), Hafiz Suip & Adira Suhaimi (Takdir Tercipta), Aishah (Aku Bidadari Syurgamu), Apex Tajuddin (Panggung), Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sicta (7 Nasihat), Arif Bahrain, Sarah Suhairi (Bicara Rasa), Zynakal, Yonniboi (Sakit), Naim Daniel (Sembah) dan Shila Amzah bersama Afif Tirmizie (Tentang Rasa).

Tahniah buat semua persembahan yang semuanya boleh dikira mantap belaka. Persaingan dilihat semakin sengit nampaknya pada malam kedua di mana-mana rata rata lagu adalah merupakan lagu hits untuk tahun ini.

SFMM
Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sicta (7 Nasihat)

Semestinya persoalan siapakah yang menggantikan Tokti dinantikan oleh peminat dan tidak disangkal lagi rating untuk malam kedua menggamit ramai penonton.

Persembahan Aishah menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu sekaligus menjawab persoalan mengenai siapakah penyanyi yang bakal membawakan lagu penyanyi nombor satu negara itu.

Dan seperti biasa, Lagu Terbaik pada malam kedua SFMM35 ini dimenangi oleh Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu 7 Nasihat nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza.

Barisan juri di SFMM35 ialah Ajai, Edry Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer selaku ketua juri.

Jadi, jangan lupa saksikan episod ketiga SFMM35 esok untuk mengetahui lagu manakah yang layak untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 nanti!

SFMM
SFMM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teka-teki Peminat Akhirnya Terjawab! Aishah Muncul Ganti Siti Nurhaliza di SFMM35

Ketukan ‘Misteri’ Dilaporkan Hantui Penduduk di Sabak Bernam, Ini Yang Berlaku