in ,

Pernah Terima Hadiah Jam Tangan Dari Shuib, Naim Daniel Mahu Pulangkan?

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel enggan memberi komen lanjut terhadap isu pemberian jam tangan oleh pelawak yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu pada sekitar Februari lalu.

Memandangkan Shuib sedang dalam siasatan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram,

Ditanya sama ada mahu memulangkan kembali jam tersebut ataupun tidak, Naim enggan memberi komen lanjut dan hanya mendoakan kebaikan buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.

“Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti.

“Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah,”

– Naim Daniel
Naim Daniel

Terdahulu, Shuib telah menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada Naim ketika penyanyi itu hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual selepas memenangi tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Menerusi laporan Gempak pada 2 Oktober 2020, Shuib menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.

“Dia Selalu Bagi Hadiah Kat Orang, Jadi Aku Pun…” – Ini Sebab Shuib Hadiahkan Naim Daniel Jam Tangan Kesayangannya!

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu mempunyai alasan tersendiri melepaskan jam tangan kesayangannya kepada pemenang Anugerah Juara Lagu 34, Naim Daniel.

Shuib berkata, dia sering melihat Naim menghargai peminat dengan memberikan hadiah kepada mereka tanpa berkira, menyebabkan dia tergerak hati untuk melakukan perkara sama kepada penyanyi Sumpah itu.

“Aku selalu tengok dia bagi hadiah kat peminat tanpa berfikir pun tau. Jadi aku pun tak fikir apa-apa untuk hadiahkan dia jam kesayangan aku ni.

“Malam tadi lepas aku tengok kau menang, aku terus rasa nak bagi kau hadiah,”

– Shuib

Naim ketika itu, tergamam menerima seutas jam tangan edisi terhad berjenama Casio itu dan memeluk Shuib serta berkali-kali mengucapkan terima kasih.

Naim menerima hadiah itu pagi semalam ketika hadir ke konti Hot FM untuk ditemubual selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Dalam perkembangan lain, Naim kini sedang menyiapkan lagu baru untuk penyanyi, Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib dan bakal muncul dengan single baru berjudul Sembah hasil ciptaannya bersama komposer, Ikkie.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perkahwinan Dilanda Badai, Puteri Sarah Bawa Diri Pergi Bercuti Bersama Anak?

Selepas Buka Tudung, Sarah Hildebrand Kecewa Netizen Bandingkan Dengan Neelofa