in ,

Perkahwinan Dilanda Badai, Puteri Sarah Bawa Diri Pergi Bercuti Bersama Anak?

Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram.

Puteri Sarah

Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran. Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur. 

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak. Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,”

– Puteri Sarah

Ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan. 

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka. Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,”

– Puteri Sarah

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.

“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,”

– Puteri Sarah
Puteri Sarah
*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baru Je Pindah Kelab Portugal, Sekali Safawi Buat Ramai Tergamam

Pernah Terima Hadiah Jam Tangan Dari Shuib, Naim Daniel Mahu Pulangkan?