in , ,

Pernah Mengalami Masalah Berat Badan, Khai Bahar Tampil Dengan Produk K Slimz

Setelah bergelar penyanyi popular, Khai Bahar kini melangkah setapak lagi untuk bergelar seorang usahawan dengan menghasilkan produk pelangsing, K Slimz.

Khai berkata, dia memilih untuk mengeluarkan produk pelangsingan  kerana beliau sendiri mengalami masalah berat badan. 

“Sebab saya sendiri apabila berat badan naik, memang susah nak turun tambahan dengan jadual kerja saya yang dapat, kadangkala sukar mencari  masa untuk bersenam.

“K Slimz adalah formula terbaik untuk  wanita dan  lelaki yang berkerjaya serta pada masa sama mahu mengekalkan kecergasan dan penampilan mereka,” kata Khai.

Ujarnya, K Slimz  menggunakan formula dan bahan-bahan yang berkesan untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak degil.

Menurutnya lagi, minuman coklat ini dapat membantu menyelesaikan  masalah mereka yang menghadapi berat badan berlebihan, membakar lemak degil terutama pada bahagian perut, pinggul dan paha.

“Pengambilan K Slimz juga dapat membantu mengawal selera makan dan ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan,” katanya.

“Berdasarkan testimoni, K Slimz dapat menghilangkan lima hingga tujuh kilogram dalam masa 10 hari. Produk ini boleh digunakan oleh mereka yang berusia semuda 13 tahun tanpa adanya kesan sampingan,” jelasnya.          

Bagaimanapun, Khai memberitahu produk ini tidak digalakkan untuk ibu hamil atau yang sedang menyusukan bayi. 

Dalam pada itu, perancangan untuk menceburi bidang perniagaan ini sudah lama dan hanya dapat direalisasikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama iaitu pada Mac 2020 kerana pada ketika itu juga kegiatan seni tidak dapat dilakukan. 

Selepas belajar dan menjadikan rakan-rakan yang berjaya dalam bidang perniagaan sebagai rujukan, kini dia melancarkan produk tersebut. 

K Slimz minuman perasa coklat yang lazat dijual pada harga RM79 sekotak.

*Sumber: KopiPlanet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Teman Lelaki Sajat Cabar JAIS, Netizen Kata, Diva AA Pula Sindir & Perli Sajat?

Pengarah Nafi Drama Bersiri PROJEK: ANCHOR SPM Mahu Tiru Filem BAD GENIUS