in , ,

Pengarah Nafi Drama Bersiri PROJEK: ANCHOR SPM Mahu Tiru Filem BAD GENIUS

Sejak ‘teaser’ drama bersiri Projek : Anchor SPM dipertontonkan, pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet termasuklah dakwaan kononnya meniru filem antarabangsa terkenal dari Thailand, Bad Genius.

Menafikan dakwaan tersebut, Razaisyam Rashid yang merupakan salah seorang pengarah Projek: Anchor SPM berkata drama tersebut sememangnya berbeza dan menegaskan isu pelajar meniru ketika peperiksaan sememangnya berlaku di seluruh negara.

“Isu Pelajar Meniru Ketika Peperiksaan Berlaku Di Seluruh Dunia”

“Drama Ini Juga Berlatar Belakang Tahun 2003 Ketika Pelajar Masih Tiada Akses Kepada Internet Dan Ia Lebih Kepada Tindakan Menipu Secara Rawak Oleh Pelajar Sekolah Menengah Selama Ini,”

Bagi seorang lagi pengarah, Anwari Ashraf menegaskan terdapat perbezaan mengenai genre drama dan filem tersebut. Jelasnya, Projek : Anchor SPM lebih ke arah nilai persahabatan dan menumpukan kepada ‘young adult’ berbanding Bad Genius yang lebih kepada thriller.

Bad_Genius

“Yes Memang Akan Ada Babak Lebih Kurang Tapi Ye Lah Bila Dah Jawab Exam, Masuk Dewan Peperiksaan”

“Saya Yakin Kalau Penonton Yang Berkata Demikian Tapi Memberi Peluang Menonton Projek: Anchor Spm, Mereka Akan Susah Nak Samakan Dua Karya Ini,”

– Anwari

Razaisyam dan Anwari ditemui ketika sidang media virtual majlis pratonton dan pelancaran Projek: Anchor SPM pada petang Selasa. Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij yang bersekongkol menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Bagi menghidupkan watak-watak dalam drama ini, ia telah digerakkan dengan baik oleh barisan pelakon muda iaitu Aedy Ashraf yang membawa watak Aizat, seorang pelajar kacak dan popular di sekolah, Daiyan Trisha dengan watak Aaidaa iaitu seorang pelajar pintar tetapi kurang keyakinan diri, Shasha Abedul sebagai Jaja seorang yang ceria dan ketua kelab peminat Aizat, Nadhir Nasar (Juara Hero Remaja 2020) sebagai Hilmi iaitu Ketua Pelajar dan aktif dalam sukan, Chubb-E (Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33) sebagai Botol, seorang yang berbakat dalam muzik dan sering menjadi penenang kepada kawan-kawan.

Selain itu, turut membintangi adalah nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30), Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar | 23

Pernah Mengalami Masalah Berat Badan, Khai Bahar Tampil Dengan Produk K Slimz

Reen Rahim Black 2021 | 24

Reen Rahim, Heroin Telemovie ‘Tebus’ dan ‘5 Hari Kita Bertemu’ di RTM