in , ,

Permulaan Baik Filem The Experts, Raih RM1 Juta Pada Tayangan Awal 

Satu Rompakan Berkeluarga Terbesar Telah Bermula!

Filem aksi heist penuh bergaya tahun ini, The Experts buka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta pada tayangan awal filem. Malah, pada tayangan awal semalam telah menyaksikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures trending di platform X dan dilimpahi dengan komen-komen positif. 

Permulaan Baik Filem The Experts, Raih RM1 Juta Pada Tayangan Awal

The Experts Trending Pada Tayangan Awal

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini akan ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei secara rasmi bermula hari ini.  

Penerbit Eksekutif ‘The Experts’ yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, berkata “The Experts telah pun memulakan tayangan awal semalam dan alhamdulillah filem ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah memberi reviu positif dan semua penonton terawal yang telah menyaksikan The Experts di pawagam. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk The Experts dan membuktikan penonton kita boleh menerima genre aksi heist yang jarang ditampilkan, sekali gus memadam stigma sesetengah penonton yang meragui kebolehan produksi dan pembikinan filem tempatan. Kami mengharapkan momentum ini akan berterusan. Terima kasih semua!”

Hujung minggu ini, barisan pelakon The Experts akan membuat siri jelajah di pawagam-pawagam Seremban dan Lembah Klang. Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti info di akaun media sosial Astro Shaw.  

‘The Experts’ diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. 

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelumba Basikal Raikan Perlumbaan Terkemuka L’Étape Melaka

Astro Tampilkan Drama Bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Mei Ini