in , ,

Astro Tampilkan Drama Bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Mei Ini

Gandingan hebat pelakon berbakat tempatan menerusi slot MegaDrama dan Tiara.

Astro mempersembahkan dua drama baharu, ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’, menampilkan gandingan hebat dari dua naskhah yang pastinya mampu membuatkan penonton drama tegar di seluruh Malaysia terpesona.

Drama-drama ini bergenre romantik, menyusuri kisah cinta yang mencabar dengan plot berbeza, disiarkan pada bulan Mei ini, menerusi Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Astro Tampilkan Drama Bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Mei Ini

Sebagai salah satu genre popular masa kini, Astro ingin menampilkan penceritaan yang lebih dekat dengan permintaan serta minat para penonton dengan memperluas karya-karya drama rantaiannya kepada golongan muda menerusi ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ di slot MegaDrama, nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka, serta memperkukuhkan proposisi drama di slot Tiara menerusi ‘Bunga Salju’ yang memaparkan naratif percintaan dari perspektif yang lebih matang, penuh dengan cabaran dan kesulitan. 

Astro Tampilkan Drama Bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Mei Ini

Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria, “Astro teruja untuk memperkenalkan dua drama baharu yang bakal menemani para penonton Astro Ria menerusi slot MegaDrama dan Tiara. ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ memaparkan kisah cinta yang berputik kembali di antara pasangan sudah berpisah, manakala ‘Bunga Salju’ mengisahkan kehidupan perkahwinan yang melibatkan pasangan kelainan upaya. Kedua-dua drama ini berpaksikan cinta tetapi dengan plot yang berbeza, memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Uniknya juga buat ‘Cinta Untuk Sekali Lagi´dan ‘Bunga Salju’ adalah gandingan watak utamanya yang dibarisi pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik. 

Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi kedua-dua naskhah ini”

Astro Tampilkan Drama Bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Mei Ini

Mengejar Peluang Kedua dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’

MegaDrama di Astro Ria bakal diperkenalkan dengan drama bergenre romantik komedi dengan menampilkan gandingan baharu Meerqeen (Alan) dan Erysha Emyra (Anne) sebagai teraju utama.

Drama rantaian 20 episod ini mengisahkan Anne dan Alan yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah.

Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua. 

Gandingan baharu ini menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd, drama berkonsepkan youth romance ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul.

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Mei 2024, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Astro Tampilkan Drama Bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Mei Ini

INFO SIARAN DRAMA

Sengsara Cinta Demi Kesenangan dalam ‘Bunga Salju’ 

‘Bunga Salju’ mendominasi slot Tiara pada kali ini dengan memaparkan seorang gadis bernama Qaisara yang menghadapi tekanan daripada ibunya yang hanya memikirkan tentang duit hingga sanggup mengahwinkan anaknya dengan anak seorang pengusaha terkemuka bernama Azizi, demi kesenangan hidup. Hal ini menjadi lebih teruk apabila satu-satunya lelaki yang Qaisara percaya, Farouk turut menyokong rancangan ibu Qaisara semata-mata untuk mendapatkan kesenangan hidup keluarga Azizi. Perkahwinan yang tidak diingini ini kini semakin mencabar apabila Qaisara menyedari bahawa suaminya ialah seorang autistik. Adakah Qaisara akan bahagia selepas berkahwin dengan Azizi, atau adakah dia akan terus menderita?

Astro Tampilkan Drama Bersiri Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju Mei Ini

Kisah percintaan tragik ini diterajui oleh Amyra Rosli sebagai Qaisara, dan didampingi oleh hero-hero hebat seperti Hisyam Hamid sebagai Azizi, serta Hariz Hamdan sebagai Farouk. Drama ini turut diarahkan oleh sutradara Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Pictures, serta dibarisi pelakon berpengalaman dan yang baharu seperti Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Mutalib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen

Episod baharu ‘Bunga Salju’ ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838

INFO DRAMA ‘CINTA UNTUK SEKALI LAGI

Sinopsis: 

Pertemuan sekali lagi dengan bekas suaminya membuatkan Anne Dahlia mula resah dan mula digamit rindu, timbul semula segala memori suka duka antara Anne dan Alan. Namun semakin dia cuba menjauh, semakin Alan mendekati, membuatkan Anne risau kalau dia jatuh cinta sekali lagi.

Pecahan Watak:

Erysha EmyrasebagaiAnne Dahlia
MeerqeensebagaiIdlan Zuhairi (Alan)
Ustaz SafwansebagaiHaidar Hasanudin
Malle ChristiansebagaiZu
Nik RifaiesebagaiFazlee
Nina JurensebagaiMama Alan
Ozlynn WatysebagaiCikgu Syifa

INFO DRAMA ‘BUNGA SALJU’

Sinopsis :

Qaisara terpaksa mengahwini Azizi, seorang jejaka austistik, bagi memenuhi kemahuan ibu dan teman lelakinya Farouk demi mendapatkan harta Azizi. Mahligai perkahwinan ini dipenuhi tekanan dan cabaran buat Qaisara yang kini ditekan untuk lekas mengambil harta suaminya.


Pecahan Watak: 

Hisyam HamidsebagaiAzizi
Amyra RoslisebagaiQaisara
Zarina ZainoordinsebagaiIla
Zieman DinsebagaiFatimah
Hariz HamdansebagaiFarouk
Zul HuzaimysebagaiZul
Syad MutalibsebagaiEkin
Arabella EllensebagaiMimi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Permulaan Baik Filem The Experts, Raih RM1 Juta Pada Tayangan Awal 

Yonnyboii, Kmy Kmo & Luca Sickta Ambil Masa Untuk Cipta Single PERLU