in ,

Permohonan Visa Ke Rusia Kini Jadi Lebih Yang Mudah 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach – 8 September 2018 – Mulai hari ini, rakyat Malaysia yang berkunjung ke Persekutuan Rusia akan menikmati proses permohonan visa yang lebih mudah. Suatu majlis ringkas telah diadakan di MATTA FAIR 2008, untuk mengumumkan dan memperakukan Fun Sabah Tours Sdn Bhd, sebagai platform bagi pakej pelancongan dan permohonan visa yang dikemukakan oleh pengunjung Malaysia ke destinasi yang mengujakan dan mengagumkan ini.

Permohonan Visa Ke Rusia Kini Jadi Lebih Yang Mudah

Dari Kiri: Mr, Clement Tsen, Pengurus Besar, Fun Sabah Tours Sdn Bhd; Ms Vun Ling Ling, Wakil Malaysia, ATC Air Service Ltd; YBhg Datuk Tan Kok Liang, Presiden MATTA; Tuan Yang Terutama Valery N. Yermolov, Duta Rusia ke Malaysia; dan Encik Daniel Ho, Prinsipal Russia Tourism dan Pengurus Besar, ATC Air Service Ltd

Dari Kiri: Mr, Clement Tsen, Pengurus Besar, Fun Sabah Tours Sdn Bhd; Ms Vun Ling Ling, Wakil Malaysia, ATC Air Service Ltd; YBhg Datuk Tan Kok Liang, Presiden MATTA; Tuan Yang Terutama Valery N. Yermolov, Duta Rusia ke Malaysia; dan Encik Daniel Ho, Prinsipal Russia Tourism dan Pengurus Besar, ATC Air Service Ltd .

Pengumuman ini telah diisytiharkan di Reruai Truly Russia oleh Tuan Yang Terutama Valery N. Yermolov, Duta Rusia ke Malaysia. Beliau diiringi oleh Encik Daniel Ho, iaitu Prinsipal Russia Tourism dan Pengurus Besar, ATC Air Service LT danEncik Clement Tsen, Pengurus Besar, Fun Sabah Tours Sdn Bhd.

Buat kali pertamanya di Malaysia, Fun Sabah Tours memperoleh autoriti untuk mengendalikan permohonan visa bagi semua pengunjung dari Malaysia. Menerusi platform baharu ini, pengunjung dari Malaysia akan berupaya mendapatkan visa mereka tanpa sebarang masalah atau kebimbangan. Para pengunjung Malaysia akan menikmati kemudahan ini apabila mereka membeli Pakej Pelancongan Truly Russia atau Truly Islamic Russia (Ex-Hong Kong) yang ditawarkan oleh Fun Sabah Tours.

Menurut Clement Tsen, “Pada masa ini platform tersebut telah melancarkan dua pakej lawatan berharga promosi khas ke Rusia. Pakej yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris atau Mandarin berharga mulai RM 11,000 (lebih kurang USD4,200) dan ke atas. Selain itu, sehingga 31 Disember 2018, pemegang pas menonton Piala Dunia 2018, tidak perlu visa untuk pergi ke Persekutuan Rusia, jika mereka dapat menunjuk pas tersebut semasa menempah pakej pelancongan dari Fun Sabah Tours.”

Pengunjung yang membeli mana-mana pakej tersebut sekarang boleh menyerahkan dengan mudah permohonan visa mereka bersama-sama dengan deposit tempahan, dan pasport mereka akan dikembalikan kepada mereka 30 hari sebelum penerbangan mereka dari Malaysia.

Daniel Ho berkata, “Fun Sabah Tours terletak di Malaysia Timur dan kami sedang memperluas kemudahan ini kepada rakan kongsi dan agensi sah yang terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh. Sila semak Pakej Pelancongan Truly Russia atau Truly Islamic Russia di agensi pelancongan terdekat anda pada masa yang terdekat ini. Kami mempelawa semua ejen yang berminat untuk berhubung dengan pengurus platform kami, Clement Tsen bagi mendapatkan maklumat tentang peluang baharu yang menarik ini khususnya peluang untuk menjadi ejen dan sekali gus mempromosikan lawatan ini kepada negara Malaysia yang indah ini.”

Fun Sabah Tours berharap lebih banyak agensi pelancongan akan tampil ke hadapan untuk menyertai Fun Sabah Tours dan membolehkan para peserta mereka menikmati kemudahan permohonan visa yang baharu dan mudah ini dalam pakej pelancongan mereka. Ini pastinya akan membolehkan lebih banyak pengunjung memperluas pengalaman masing-masing apabila mereka berkunjung ke Rusia serta membawa pulang daripada perjalanan mereka ingatan dan kenangan yang indah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim & The Majistret Rentap Emosi Dalam RAMPAS

Brie Larson Takes Flight as Captain Marvel on this Week’s EW Cover