in ,

Perdaya Orang Ramai, Bekas PA Aliff Syukri Ditangkap, Rozita Che Wan Lega

Apa boleh dikatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua.

PELAKON popular, Rozita Che Wan bersyukur apabila pasangan suami isteri yang didakwa memperdaya orang ramai dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah dengan harga promosi berjaya ditahan beru-baru ini.

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, penahanan pasangan itu dianggap habuan atas perbuatan yang dibuat.

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri 'Songlap' Duit Pelanggan?

“Ini pengalaman pertama saya kena tipu sebegini. Apa boleh dikatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua.

Ramai mangsa penipuan dia yang lega apabila dia ditangkap.

“Walaupun saya berasa ralat sebab duit tak dapat balik, tapi sekurang-kurangnya dia terima habuan atas perbuatan jijik mereka,”

– Rozita Che Wan

Pun begitu, Che Ta berkata dia tetap meneruskan percutian seperti yang sudah dirancang bersama keluarga dan beberapa rakan lain.

“Percutian itu pada 26 September lalu. Disebabkan sudah rancang awal, jadi saya, suami dan rakan lain pergi juga. Cuma, kami tempah hotel lain,”

– Rozita Che Wan

Terdahulu, Harian Metro hari melaporkan suspek terbabit didakwa mengambil kesempatan menawarkan promosi pakej penginapan bilik hotel mewah kononnya bagi menghargai petugas barisan hadapan Covid-19.

*Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kini Anda Boleh Melihat Arkib Instagram Stories Dengan Lebih Mudah Mengikut Bulan

Apple Dijangka Mengumumkan Mac Pertama Dengan Cip Apple Silicon Pada November Ini