in , ,

Tentang Perbicaraan Kes Ustaz Ebit Lew, Saksi Mula Bongkar Perkara Ini

Saksi pendakwaan Mohd Fairuz Abu, 37, hari ini, memberitahu mahkamah yang tidak wujud sebarang konspirasi antara dia dan Firdaus Wong dalam kes gangguan s3ksual membabitkan pendakwah Ebit Lew.

Pakar motivasi itu turut tidak bersetuju bahawa sebarang hantaran media sosial berkaitan isu berkenaan serta pertemuan dengan pengadu di Bukit Aman pada 7 Ogos 2021 adalah bertujuan bagi merosakkan reputasi tertuduh.

“Saya tidak bersetuju,” katanya ketika ditanya peguam mewakili Ebit Lew, Ram Singh.

Mohd Fairuz berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada sesi pemeriksaan balas pada perbicaraan kes gangguan s3ksual hari kedua membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia masih menyiarkan isu terbabit di media sosial mengenai tertuduh selepas pengadu membuat laporan polis, Mohd Fairuz memaklumkan dia tidak berbuat demikian namun berbeza dengan Firdaus Wong yang masih memuatnaik isu berkenaan.

“Saya tidak, Firdaus ya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria ketika sesi pemeriksaan semula meminta penjelasan Mohd Fairuz mengenai tujuannya berjumpa pengadu ketika membuat laporan di Bukit Aman.

Menurut Mohd Fairuz, pertemuan terbabit hanyalah bertujuan menemani pengadu serta suami sebagai tanda sokongan selain memberi keterangan.

“Pertemuan ini berlaku di Bukit Aman, saya menemani beliau dan suami sebagai tanda sokongan dan juga memberi keterangan kepada pihak polis,” katanya.

Perbicaraan Ebit Lew: Perbelanjaan mangsa ke Bukit Aman ditanggung MRM

TENOM: Kos perbelanjaan mangsa untuk membuat laporan polis di Bukit Aman adalah tinggi sebaliknya lebih munasabah jika laporan itu dibuat di daerah ini.

Malah, saksi pertama pendakwaan, Mohd. Fairuz Abu, 37, turut mencadangkan kepada mangsa agar membuat laporan di balai polis terdekat iaitu di Tenom.

Itu perkembangan hari kedua perbicaraan kes gangguan s3ksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.

Dalam sesi pemeriksaan balas, peguam bela, Ram Singh membangkitkan tentang kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung mangsa kerana membuat laporan polis di Bukit Aman memandangkan mangsa berada di Tenom.

Namun, saksi memaklumkan kos perbelanjaan mangsa ke Bukit Aman ditanggung oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM).

“Kos berkenaan ditanggung oleh MRM, bukan sahaja kes-kes seperti ini bahkan kes-kes lain yang dikendalikan oleh MRM.

“Malah, beliau (mangsa) ada merujuk (isu gangguan s3ksual) kepada lawyer (peguam) MRM,” katanya dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Menurut saksi, beliau juga tidak pernah mencadangkan kepada mangsa untuk buat laporan polis di Bukit Aman sebaliknya itu merupakan pilihan mangsa dan suaminya atas sebab ingin melindungi identiti serta keselamatannya.

Jelas saksi, pihaknya sekadar mencadangkan agar laporan polis dibuat kerana beliau tiada kuasa untuk memaksa mangsa dan suami membuat laporan polis.

Hantaran dalam laman Facebook yang dibuat oleh saksi dengan menggunakan nama Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkaitan pendakwah selebriti yang telah melakukan gangguan s3ksual kepada wanita telah menerima 10,000 likes, 2,200 komen dan 2,800 perkongsian.

Hantaran itu dilakukan setelah Mohd. Fairuz menemani seorang wanita lain membuat laporan polis di Bukit Aman mengenai kes gangguan s3ksual yang didakwa dilakukan oleh Ebit Lew.

Laporan polis pertama yang dilakukan itu mendorong saksi membuat hantaran dalam laman Facebook.

“Saya berbuat demikian (hantaran Facebook) setelah melakukan perbincangan bersama Firdaus Wong dan lawyer MRM bagi membantu wanita atau individu lain untuk tampil ke depan mengadu tentang gangguan s3ksual yang berlaku kepada mereka.

“Selepas itu, saya akan serahkan aduan berkenaan kepada sayap wanita MRM yang dibarisi barisan kaunselor juga ahli psikologi dan asatizah atau agamawan,” katanya.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Ram dan Kamarudin Mohmad Chinki

Sumber: Utusan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wah! Neelofa Akan Dedah Wajah Anak Sulungnya Bilal Tak Lama Lagi

BERLIN NETFLIX

Pengambaran Drama Siri BERLIN Bermula, Netflix Umum Barisan Pelakon