in , ,

Perang ‘Mak-Mak’ Bila Anak Nak Kahwin Dalam Telemovie AISYA & BELLA di TV2

Kisah kekeluargaan dan persahabatan dua orang rakan karib sejak kecil telah mengetahui bahawa kedua mereka bakal berkahwin pada tarikh yang sama, di kampung yang sama, kini bermulalah perang sesama ibu bagi memastikan perkahwinan anak siapa lebih hebat.

Menampilkan gandingan pelakon utama Jasper Supayah dan Shiqin Kamal, drama kekeluargaan penuh warna warni erti persahabatan ini mengisi plot telemovie bertajuk “Aisya & Bella” pada 29 November ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Turut dibintangi oleh Zarina Zainudin, Watie Sadali dan Nadzmi Adhwa, ceritanya bermula dengan watak Aisha dan Bella walaupun karekter mereka berbeza namun mereka tetap berkawan baik. Tamat SPM, mereka berpisah kerana menyambung pengajian. Aisha mengambil bidang kedoktoran di luar negara sementara Bella berkerja sebagai model. Kedua mereka berjanji untuk pulang ke kampung halaman mereka. 

Kepulangan mereka memang dinantikan Rokiah dan Husna yang mana mereka berdua ini tidak pernah berbaik. Rokiah, ibu kepada Isa dan Aisya, merupakan suri rumah sepenuh masa manakala Husna, ibu kepada Bella pula meniaga produk kecantikan, dan memang dikenali di kampung tersebut. Mereka tidak sabar untuk ‘menunjuk’ kepada orang kampung akan anak masing-masing yang sudah besar. 

Poster Telemovie Aisya &Amp; Bella

Tanpa merancang atau diberitahu terlebih awal, kedua mereka pulang dengan berita gembira. Kedua mereka hendak dipinang oleh keluarga teman lelaki masing-masing. Ketika itu Rokiah dan Husna mula merancangan majlis yang paling meriah untuk nak masing-masing. 

Bella baru bercinta dengan pemilik agensi model, Dato Paduka Kassim yang jauh lebih berusia. Petama kali jumpa dengan tunang Bella, Aisha berasa tidak senang kerana perbezaan umur tersebut. Namun Bella yakinkan bahawa, Duitnya tidak pelik dan menyakinkan. Bella pula bertunang dengan seorang bakal peguam, bernama Khalifah Dani. 

Tarikh ditetapkan oleh kedua keluarga, dan ianya jatuh pada minggu yang berlainan, dan hal itu sangat melegakan Aisha dan Bella.  Tetapi urusan Tok Kadi dan dewan pula jadi penghalang. Mahu atau tidak kekosongan tarikh untuk bernikah di kampung itu bakal mengubah segalanya, apabila dia beritahu hanya ada kekosongan pada tarikh sama.  

Dengan tarikh majlis yang kurang 3 bulan untuk berlangsung, bermulalah perang antara Rokiah dan Husna bagi memastikan majlis anak mereka yang paling meriah. Sikap Husna yang lebih tenang mula menjadi garang selepas dia mendapat tahu yang Rokiah telah merampas jurusolek yang sudahpun ditempah, dan Husna juga mula mengatur rancangan untuk mensabotaj majlis Rokiah. 

Hal ini seolah-olah kian menjadi-jadi apabila Rokiah pula telah ‘membayar’ tukang jahit baju kahwin Bella untuk mengecilkan saiz baju kahwin Bella. Husna sebelum ini tidak pernah mengenakan Bella, juga naik geram dengan kejadian tersebut menyebabkan dia juga sabotaj Isa. 

Sepanjang semua kegilaan ini berlangsung, persahabatan Aisha dan Bella juga menjadi renggang kerana mahu mempertahankan ibu masing-masing, dan Aisha yang sebelum ini lebih tenang dan nerda juga mula menunjukkan belangnya. Hal itu tidak begitu disukai oleh tunangnya, Khalifah Dani. Bapa Aisha terpaksa masuk campur di tengah kesemua itu, dengan mengingatkan kenapa mereka berdua bergaduh, iaitu disebabkan dirinya. 

Terbongkar rahsia punca perkahwinan Zainal dengan Rokiah atas kemahuan keluarga semasa dia bercinta dengan Husna, dan hal itu menyebabkan kedua mereka bermasam muka hingga kini. Zainal memberi kata dua kepada Rokiah yang jikalau semua sabotaj, yang terus menerus berlaku tidak dihentikan dia akan menunda perkahwinan anaknya. Akhirnya kedua mereka terpaksalah berbaik semula.

Bella yang selama ini difikir yang berkahwin hanya sebab duit, mulai benar-benar jatuh cinta dengan Dato Paduka Kassim atas kesabarannya dan juga betapa dia bijak memujuk Bella, dan hubungan mereka kian rapat dan intim. Namun sesuatu pula menimpa Husna dalam perkahwinannya. Dia diserang isteri Khalifah Dani yang sebenarnya suami orang. Lalu apakah kesudahannya? Siapa pula Imran lelaki kacak yang muncul dipenghujung cerita? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarol Zarif

Zarol Zarif Comeback Dengan Single KAN KAN

Myvitalab

Myvitalab, Syarikat Kesihatan Tempatan Lancarkan Produk Inovatif