in ,

Myvitalab, Syarikat Kesihatan Tempatan Lancarkan Produk Inovatif

Bermula dengan pelancaran Vitamunity dan Vitarepair, MyVitalab merancang untuk keluarkan dua lagi pra-pek suplemen kesihatan lengkap yang bertujuan untuk mencapai objektif kesihatan yang spesifik serta mempermudahkan proses pengambilan suplemen melalui penggunaan teknologi

Melalui gabungan teknologi dan sistem pembungkusan suplemen yang inovatif, MyVitalab telah melancarkan dua jenis pra-pek suplemen harian lengkap dengan nama Vitamunity dan Vitarepair bagi memenuhi dua kategori kesihatan yang berlainan. Antara pemain baru di dalam industri kesihatan yang kini kian berkembang, motivasi utama MyVitalab melancarkan produk-produk ini ke pasaran adalah untuk menggalakkan pengambilan suplemen di kalangan rakyat Malaysia dengan memudahkan proses tersebut sambil menyelesaikan sebarang masalah yang boleh mengganggu pengambilan suplemen.

Menurut Nabiha Aimi, Ketua Pegawai Eksekutif MyVitalab, “Di dalam dunia moden yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk halangan gaya hidup sihat, satu cara yang inovatif bagi pengambilan suplemen perlu diperkenalkan untuk membantu kita mendapatkan nutrisi yang lengkap. Salah satu aspek penting dalam mencapai kesihatan yang baik adalah dengan memastikan tahap nutrisi di dalam badan kita adalah di tahap optimum. Tetapi, adakalanya akibat terlalu sibuk, tabiat kesihatan yang baik menjadi antara perkara pertama yang diabaikan. Dengan itu, MyVitalab telah memperkenalkan pra-pek suplemen harian yang lengkap untuk memudahkan pengambilan suplemen, justeru mencapai kadar nutrisi yang betul serta meningkatkan lagi kesihatan badan. Setiap kotak mengandungi paket atau sachet suplemen yang siap sedia dipaketkan untuk penggunaan selama 30 hari. Kami telah memilih setiap suplemen dengan teliti jadi anda tidak lagi perlu untuk risau tentang suplemen mana yang paling sesuai untuk diambil secara bersama bagi mencapai objektif kesihatan tertentu. Pengguna hanya perlu membuka paket yang sedia ada di dalam pek untuk pengambilan suplemen yang tepat setiap hari dan mudah pula dibawa ke mana-mana”.

Myvitalab, Syarikat Kesihatan Tempatan Lancarkan Produk Inovatif

Idea ini telah dibangunkan pada permulaan tahun 2020, di mana proses R&D dan pencarian sumber produk telah dijalankan. Selepas membuat kajian teliti, Nabiha dan pasukannya telah merangka rancangan untuk melancarkan empat jenis pek kesihatan – setiap satu dengan objektif kesihatan yang spesifik.

Namun, disebabkan oleh situasi semasa, MyVitalab memilih untuk melancarkan Vitamunity dan Vitarepair terlebih dahulu sebelum dua lagi pek kesihatan lain yang telah dirancang kerana sistem imuniti yang kuat dan pemulihan otot adalah sangat penting untuk membendung pandemik COVID-19 serta menyokong aktiviti aktif yang semakin banyak dilakukan setelah kawalan pergerakan berakhir. “Pemakaian pelitup muka, memastikan penjarakan sosial, membasuh tangan secara kerap – peraturan-peraturan ini telah digunakan di seluruh dunia dan diterima sebagai ‘norma baru’. Tetapi satu lagi perkara yang amat penting dan perlu diberikan perhatian adalah penjagaan sistem imunisasi agar kekal berkesan. Misi kami di MyVitalab adalah untuk memastikan rakyat Malaysia menjadikan pengambilan suplemen asas setiap hari sebagai salah satu norma baru, dan peranan kami adalah untuk memudahkan dan menyediakan akses kepada suplemen ini buat khalayak umum,” tambah Nabiha.

Contohnya, bekalan suplemen 30 hari di dalam Vitamunity yang dilancarkan oleh MyVitalab mengandungi formulasi suplemen asas yang telah dipilih dengan teliti oleh kumpulan pakar termasuk Vitamin C dengan Zinc+, Grape Seed dan D3 1000IU. Koay Suat Ling, Ketua Pakar Nutrisi berkata, “Suplemen-suplemen ini telah diperbuat menggunakan bahan-bahan yang mengandungi nutrisi serta elemen bioavailabe berkualiti tertinggi. Proses kajian dan pembangunan R&D memakan masa yang lama, termasuk proses pemilihan suplemen mana yang patut dipek bersama. 

Vitamin C dan D serta mikronutrien seperti zink, zat besi dan selenium bukan sekadar ‘bagus jika ada’ tetapi penting untuk pengambilan harian. Vitamin C dengan Zink+ adalah suplemen asas untuk mengekalkan fungsi imuniti yang sihat melalui pencegahan dan pengurangan tempoh jangkitan serta menyokong fungsi optimum sel darah putih. Grape Seed pula adalah sumber antioksidan yang amat berkesan di dalam merawat stres oksidatif, inflamasi dan kerosakan tisu yang boleh berlaku disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik. Ini juga merupakan suplemen yang sesuai untuk menyokong kesihatan kulit agar lebih segar dan bermaya. Kajian klinikal juga menunjukkan bahawa Suplemen D3 1000IU boleh meningkatkan kualiti dan juga membantu penyerapan semula sel tulang. Vitamin D membantu dan menyokong tindakbalas sistem imunisasi terhadap agen bakterial dan viral melalui aktiviti tindakbalas imuniti.

Myvitalab, Syarikat Kesihatan Tempatan Lancarkan Produk Inovatif

Beliau menambah, “Inovasi di MyVitalab secara amnya berhubung kait dengan teknologi memudahkan proses pembungkusan. Kami tidak menyusun atur suplemen secara manual dari botol-botol berlainan tetapi menggunakan mesin MVL untuk menyusun serta melengkapkan pembuatan pek tersebut. Kami hanya perlu memastikan dan memeriksa stok kanister agar sentiasa penuh dan suplemen yang betul telah diletakkan ke dalam setiap paket. Kami juga ingin memberi jaminan bahawa semua paket yang kami gunakan untuk menyimpan pil-pil ini mempunyai kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).”

Nabiha yakin bahawa produk pengenalan daripada MyVitalab akan diterima baik oleh rakyat Malaysia. “Kami mempunyai beberapa perancangan yang masih dalam peringkat awal untuk meningkatkan pasaran tempatan dan menembusi pasaran serantau. Selain daripada pelancaran dua lagi pra-pek suplemen kesihatan harian kami pada suku pertama tahun 2022, kami juga bakal memperkenalkan servis yang lebih personal bagi suplemen dengan gabungan suplemen khas yang memenuhi keperluan kesihatan tepat bagi setiap pengguna berdasarkan kepada rekod kesihatan mereka. Dengan memanfaatkan teknologi, kami akan mengeluarkan sistem peringatan, yang akan menjangka secara proaktif apabila suplemen anda semakin kurang dan perlu diganti.

Di MyVitalab, kami ingin membuktikan bahawa pengambilan suplemen tidak perlu menjadi sesuatu yang rumit. Kami ingin pengambilan suplemen menjadi mudah bagi pelanggan-pelanggan kami. Seterusnya kami juga ingin memastikan setiap produk kami berkualiti tinggi dan ditawarkan pada harga yang berpatutan”, ujar Nabiha.

Semua suplemen MyVitalab mendapat kelulusan MAL di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga mempunyai pensijilan Halal. Pra-pek suplemen harian lengkap MyVitalab boleh dibeli di www.myvitalab.io

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myvitalab.io. Dapatkan info terkini mengenai MyVitalab melalui media sosial mereka di Instagram @myvitalab dan Facebook MyVitalab. 

#SUPPLEMENTSMADESIMPLE #TAKEITEASY #MYVITALAB

Myvitalab, Syarikat Kesihatan Tempatan Lancarkan Produk Inovatif

Mengenai MyVitalab

Kehidupan ini adakalanya rumit, namun suplemen seharusnya mudah. Di MyVitalab, kami percaya bahawa #Supplementsmadesimple. Kami telah memilih suplemen terbaik dari merata dunia, supaya anda tidak perlu melakukannya sendiri. Kami telah membuat kajian sains untuk mengetahui gabungan suplemen yang tepat untuk anda, jadi anda sudah tidak perlu risau tentang gabungan mana yang paling berkesan untuk anda. Kami telah menyediakan suplemen kami dalam jumlah harian yang mudah dibawa supaya anda tidak perlu membawa atau membuka botol-botol berlainan, atau terlepas untuk mengambil suplemen anda. Kami juga menghantar bekalan suplemen anda terus ke pintu anda, jadi anda juga tidak akan pernah kehabisan bekalan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perang ‘Mak-Mak’ Bila Anak Nak Kahwin Dalam Telemovie AISYA & BELLA di TV2

ACREZE

Acraze – Do It To It