in

Peraduan Insidious TGV’s Exclusive Halloween Movie Marathon

Salam pembaca setia budiey.com sekalian,

Budiey ingin memberikan 16 keping tiket khusus istimewa buat pembaca Sensasi Selebriti untuk menghadiri TGV’s exclusive Halloween Movie Marathon menonton filem Insidious 1 & 2 back to back di TGV 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya anjuran TGV Cinemas yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 Oktober 2013 bermula jam 8.30 malam.

Terima kasih banyak-banyak kepada TGV Cinemas yang sudi memberikan tiket ini kepada pembaca budiey.com.

Peraduan Insidious TGV’s Exclusive Halloween Movie Marathon

Sinopsis Filem Insidious Chapter 2

[dropcap]M[/dropcap]asih ingat tak lagi dengan filem seram yang berjudul Insidious yang dikeluarkan pada 2011 lalu yang dibintangi oleh Patrick Wilson? Nah! Dalam masa terdekat ini, James Wan, pengarah dan sutradara kelahiran Kuching, Sarawak ini kembali menghantui pawagam dengan sekuel keduanya yang berjudul Insidious Chapter 2. Dalam filem kedua ini, bintang utama Patrick Wilson masih berperana sebagai Josh Lambert.

[pullquote align=”right”]Memang akhir-akhir ini, filem bertemakan horor atau seram digemari oleh penonton kita dek kebangkitan fenomena The Conjuring barangkali yang berhasil merajai box office di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Di Insidious Chapter 2 ini, cerita filem tetap ditulis oleh Leigh Whannell.[/pullquote]

Di dalam Insidious 1 diceritakan tentang sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu, dan dua anak laki-laki dan seorang bayi. Dalton (Ty Simpkins), si anak laki-laki yang mampu melakukan perjalanan ke dunia mimpi semasa tidur. Suatu ketika dalam perjalanan mimpinya, dia tersesat dan tak mampu kembali ke tubuhnya.

Hal itu membuat banyak ruh jahat yang berniat mahu membalas dendam pada dunia dan manusia lalu menghantui dan merasuk tubuh Dalton. Kemampuan Dalton dalam melakukan perjalanan mimpi diturunkan oleh ayahnya Josh Lambert (Patrick Wilson).

Oleh kerana itu, Josh adalah orang satu-satunya yang boleh membawa ruh Dalton kembali ke tubuhnya dengan cara ritual-ritual tertentu. Dalam filem Insidious 2 ini, mereka sekeluarga pindah ke rumah nenek Dalton. Awalnya tidak ada apa yang membuat mereka takut, namun hal-hal aneh mulai berlaku.

Sejarah berulang kembali. Orang asing dengan kostum kuno sering muncul serta terdengar suara bisikan di ruang bayi, dan banyak hantu mulai muncul. Awalnya mereka tidak tahu apa penyebab situasi ini terulang kembali. Semakin lama, segala soalan terjawab apabila ayah Dalton telah diikuti oleh makhluk jahat dari dunia mimpi semasa dia menyelamatkan Dalton dalam Insidious 1.

Jika anda menonton trailer filem ini, kita dapat lihat makhluk jahat itu telah mengambil bayi. Apakah yang dikejar sekarang adalah bayinya? Saksikan film Insidious Chapter 2 mulai 17 Oktober 2013 di pawagam berdekatan dengan anda.

Filem Insidious Chapter 2 :

  • Sutradara : James Wan
  • Produser : James Blum
  • Penulis Skrip : Leigh Whannell
  • Pelakon : Patrick Wilson, Rose Byrne, Lin Shaye, Ty Simpkins, Barbara Hershey, Danielle Bisutti, Michael James Grise, Lindsay Seim
  • Genre : Horor
  • Studio : FilmDistrict

Peraduan Insidious TGV’s Exclusive Halloween Movie Marathon

Sensasi Selebriti dengan kerjasama KRU Studios ingin menghadiahkan 16 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri Movie Marathon ini:

Tarikh: 11 Oktober 2013

Masa: 8.30 malam

Tempat: TGV 1Utama

[pullquote align=”right”]16 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda![/pullquote]

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan hanya mencipta slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Insidious TGV’s Exclusive Halloween Movie Marathon di TGV 1Utama

Ingat hashtag ini: #InsidiousTGV

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, jika anda mahu menyertai TGV’s Exclusive Halloween Movie Marathon ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook Tanjung Golden Village ini:  www.facebook.com/TGVcinemas

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:

  1. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
  2. Hantar slogan itu ke emel budiey.
  3. Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @TGVCinemas.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #InsidiousTGV. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Tweet Slogan: Saya mahu ke #InsidiousTGV bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke #InsidiousTGV bersama @Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Insidious TGV’s Exclusive Halloween Movie Marathon 

Tarikh tutup peraduan:
8 Oktober 2013

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  3. Semua pemenang akan dihubungi melalui email & Twitter.
  4. Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
  5. Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
  6. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
  10. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
  11. Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Cinemas kerana sudi memberi tiket kepada pembaca Budiey.com.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

insidious-2-trailer__span

exclusive-insidious

insidious-chapter-2_poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Almy Nadia & Fizz Fairuz Kembali Bercinta

Program Realiti Terbaru Liga Lawak Superstar