in ,

Peraduan Menonton Tayangan Filem COLD WAR

Bersempena demgan tayangan filem COLD WAR 2 yang akan berada di pawagam mulai 8 Julai ini, Budiey dengan kerjasama RAM Entertainment mahu mengajak 20 orang pembaca untuk menonton filem pertama COLD WAR dan yang menariknya apabila anda berpeluang meramalkan apa yang berlaku dalam filem COLD WAR 2 nanti. Kepada yang meneka atau meramal dengan tepat apa yang berlaku, anda akan menerima hadiah istimewa.

Poster Cold War 2

Kejayaan Filem COLD WAR Yang Anda Perlu Tahu

[dropcap]F[/dropcap]ilem COLD WAR, filem Hong Kong dengan untung kasar tertinggi pada tahun 2012 telah mencatat kutipan domestik setinggi HK$44,857,162 dan kutipan RMB253 juta di China. Filem ini juga memenangi 9 anugerah utama di Anugerah Filem Hong Kong termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, dan pelakon utama Tony Leung Ka Fai turut merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Tayangan Filem Cold War

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan Longman Leung dan Sunny Luk ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 18 Julai 2016.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang padat dengan aksi ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer COLD WAR yang telah diriliskan di dada Youtube RAM Entertainment.

Sinopsis Filem COLD WAR 2

COLD WAR adalah nama kod kepada operasi menyelamatkan lima orang anggota polis yang telah diculik. Disebabkan oleh campur tangan unsur-unsur politik, operasi tersebut dianggap kurang berjaya. Dengan adanya penglibatan kuasa politik, operasi tersebut diketuai oleh Ketua Polis Sementara, Sean Lau (Aaron Kwok) lalu memberikannya peluang untuk mencapai pangkat tertinggi dalam pasukan polis.

Ia turut menjejaskan kerjaya dan kedudukan Timbalan Ketua Polis, Waise Lee (Tony Leung Ka Fai). Joe Lee (Eddie Peng Yu Yan), anak lelaki Waise dan suspek tunggal dalam konspirasi tersebut diculik dan ditawan. Selain daripada itu, van polis berteknologi canggih yang telah hilang semasa anggota polis diculik kekal sebagai kesengsaraan bagi pihak polis.

Namun begitu, sebelum kes tersebut ditutup, sebuah ancaman yang lebih besar muncul di hadapan Sean, Ketua Polis yang baru dilantik di mana isterinya telah diculik di khalayak ramai. Si penculik mengemukakan syaratnya iaitu Sean mesti melepaskan Joe dan sendiri menghantarkannya agar isterinya dibebaskan.

Tanpa sebarang pilihan, Sean terpaksa mempertaruhkan kerjayanya jika dia ingin menyelamatkan isterinya. Walaupun isterinya diselamatkan, Joe berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh seorang lelaki misteri. Sean mula menyedari bahawa Joe bukan bertindak berseorangan tetapi seseorang yang amat berkuasa merancangkan setiap langkah dan sentiasa mendahului tindakan polis.

Jawatankuasa Kehakiman memulakan prosiding pendakwaan terhadap Sean atas tuduhan salah guna kuasa. Salah seorang juri jawatankuasa ialah Osward Kan (Chow Yun Fat). Penasihat undang-undang senior dan ahli Lembaga Kehakiman yang berpengaruh besar ini telah menjadi faktor penting untuk menentukan nasib Sean. Tiada orang tahu sama ada dia seorang sahabat ataupun musuh. Musuh-musuh Sean di dalam pasukan polis yang ingin musnahkan kerjayanya berusaha mendapatkan Osward berdiri di pihak mereka.

Dengan adanya musuh-musuh dari jalanan hingga arena politik, dalang sebenar yang bersembunyi di dalam kegelapan mula melaksanakan rancangan utamanya.

Sequel to the blockbuster hit COLD WAR, the story continues where it left off in 2012 with Chow Yun Fatt joining the assembly of casts. Aaron Kwok reprising his role as DCP Sean Lau, who is now promoted to Commissioner of Police after the success of the ColdWar rescue operation. The main villain – who was briefly mentioned in the first film – returns to the scene to kidnap Sean’s wife and daughter. Sean convinces former rival, the retired DCP of Operations officer Waise Lee (Tony Leung), to return to his post to help Sean solve the tricky kidnapping case.

Peraduan Menonton Tayangan Filem COLD WAR

Sensasi Selebriti dengan kerjasama RAM Entertainment ingin menghadiahkan 20 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem COLD WAR Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
14 Jun 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Cold War – Budiey.com di GSC Mid Valley . Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ColdWar2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/RamEntertainmentMovie & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ColdWar2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem Cold War 2

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton dan meramalkan filem COLD WAR 2 kerana – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Menonton Tayangan Filem COLD WAR – Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:

13 Jun 2016 (Hari Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada RAM Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/RamEntertainmentMovie dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel RAM Entertainment : www.youtube.com/RAMEntertainment

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

_Coldwar_Tposter_Bomb_Tony_F_Lo-Re

_Coldwar_Tposter_Bomb_Fat_F_Lo-Re

_Coldwar_Tposter_Bomb_Aaron_F_Lo-Re

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Jujur Filem ME BEFORE YOU dari Budieyators

Carian Apakah Yang Trending di Malaysia Semasa Ramadan-Raya