in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – ZOOLANDER 2

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey pada awal Mac 2016 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem komedi yang pastinya korang akan gelak sakan menontonnya. Filem yang Budiey maksudkan ialah filem ZOOLANDER 2.

Filem komedi Hollywood berjudul ZOOLANDER 2 ini diarahkan oleh Ben Stiller dan skrip jalan cerita pula ditulis oleh Justin Theroux. Filem ini dibintangi oleh Owen Wilson, Olivia Mun, Kristen Wiig, Will Ferrell, Penelope Cruz, Kim Kardashian West dan ramai lagi.

Zoolander 2 adalah sebuah filem bergenre komedi yang menceritakan tentang model lelaki yang bernama Derek (dilakonkan oleh Owen Wilson).

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh dramatik gelak ketawa ZOOLANDER 2 di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer ZOOLANDER 2 yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama yang sungguh lawak ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 3 Mac 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem komedi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Zoolander-2

Sinopsis Filem ZOOLANDER 2

Filem Zoolander 2 bercerita tentang model bernama Derek (Ben Stiller) dan Hansel (Owen Wilson). Tak seperti dahulunya, kini nama mereka telah tenggelam seiring waktu yang bergerak begitu pantas. Sehingga tidak ada seorang pun yang mengenal siapa mereka. Demi mengembalikan populariti mereka, Derek dan Hansel berusaha untuk tetap muncul di dunia model.

Genre : Comedy
Produser : Paramount Pictures
Pengarah : Ben Stiller
Penulis Skrip : Justin Theroux

Peraduan Tayangan Premiere Filem ZOOLANDER 2

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

1 Mac 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 UTAMA

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ZOOLANDER 2– Budiey.com di GSC 1 UTAMA. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Zoolander2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem ZOOLANDER 2

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere ZOOLANDER 2 – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 3

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere ZOOLANDER 2 – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

27 Februari 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mencuit hati ini mulai 3 Mac 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Zoolander 2_Onlinecrop_Selfie_1Sheets_Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Tahun Baru Cina Dengan Lebih Makna

Video Lagu POTRET Trending di Youtube Malaysia