in ,

Peraduan Reka Tee Sempena Sambutan Jubli Perak TV3

Peluang keemasan untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000!

Tonjolkan kreativiti anda menerusi peraduan Reka Tee anjuran TV3! Sambutan Jubli Perak TV3 dimeriahkan lagi dengan Kempen “Reka Tee” yang dianjurkan untuk memberi peluang kepada warganegara Malaysia memperlihatkan bakat  merekacipta baju-tee TV3 menggunakan daya imaginasi dan hakcipta tersendiri. Objektif peraduan yang pertama kali diajurkan oleh TV3 ini ialah untuk mengajak orang ramai dan para penonton setianya bersama-sama berkongsi minda dan bakat dengan mengambil bahagian dalam peraduan istimewa ini di samping berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai lumayan.

3363241448 5D6C63F4Bc O | 4

Penyertaan dibuka kepada semua warganegara Malaysia termasuklah pereka professional. Rekaan ini akan dinilai oleh panel juri dan 3 rekaan terbaik akan diumumkan dan melayakkan mereka memenangi wang tunai sebanyak RM10,000 untuk pemenang pertama, RM 5,000 untuk pemenang kedua dan RM3,000 untuk pemenang ketiga. Rekacipta yang terpilih akan dicetak untuk T-Shirt edisi khas Ulangtahun ke 25 untuk diagihkan kepada orang ramai ketika Konsert Ulang Tahun TV3 pada bulan Jun nanti. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk memiliki T-Shirt istimewa ini, T-shirt ini akan dijual di Karnival Jom Heboh dan sewaktu Konsert Ulangtahun TV3 pada bulan Jun nanti. Hasil daripada penjualan T-Shirt ini akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu.

Menurut Cik Hadzelynda Khairuddin, Pengurus Pemasaran & Kominikasi, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “Satu kelainan daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk sambutan tahun ini, Peraduan “Reka Tee” merupakan penghargaan dari pihak kami khas untuk para penonton setia TV3. Setakat ini, sambutan yang kami terima amat menggalakkan dan kami telah menerima lebih dari 350 rekaan. Kami mengalu-alukan penyertaan dan kiriman hasil kreativiti tidak kira apa bentuk dan lakaran asalkan menepati syarat utama mestilah bertemakan ulangtahun 25 tahun stesen ini. Jadi rebutlah peluang keemasan ini kerana mungkin anda layak untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan di samping berbangga melihat hasil rekaan anda diperagakan di TV dan seluruh Malaysia.”

Bagi memeriahkan lagi peraduan Reka Tee ini mendapat perhatian daripada beberapa institusi pengajian tinggi tempatan seperti Multi Media Universiti (MMU), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Lim Kok Wing yang turut serta menyertai “Reka Tee” dan ianya dijadikan sebagai salah satu tugasan di kuliah masing – masing. Malah TV3 juga bekerjasama dengan Balai Seni Lukis untuk mempamerkan rekaan terpilih di Balai Seni Lukis Negara.

3362433353 Cbfb762C36 O | 5

3363250116 1F6B087E7B O | 6

Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini butiran lanjut seperti di bawah:-
Syarat-syarat penyertaan “Reka Tee”:
1. Terbuka kepada semua warga Malaysia kecuali warga kerja Media Prima Berhad.
2. Berumur antara 12 hingga 45 tahun.
3. Setiap penyertaan adalah menjadi hak TV3 dan akan digunakan untuk tujuan publisiti.
4. Konsep, idea dan kreativiti hendaklah berunsurkan ulangtahun ke-25 TV3.
5. Tarikh tutup penyertaan 1 April, 2009.

Spesifikasi Rekaan
1) Rekaan boleh menggunakan perisian komputer Adobe illustrator,Adobe photoshop atau ilustrasi yang telah diimbas (scan)
2) Penyertaan yang dihantar melalui email mestilah menggunakan format PDF yang tidak melebihi 5MB dan jika penyertaan anda terpilih maka anda dikehendaki menghantar format asal dalam bentuk cd atau dvd
3) Penyertaan melalui pos boleh menyertakan format asal dalam bentuk cd atau dvd.
4) Anda juga boleh menghantar rekaan dalam bentuk t-shirt yang telah direka.

Hadiah:
Utama: RM 10,000
Kedua: RM 5,000
Ketiga: RM 3,000

Hantarkan rekaan anda ke:
Email: [email protected]
Pos di alamat:
Rekatee Campaign
P.O. Box 11543
50748 Kuala Lumpur

3363241334 E8804303D1 B | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Anjur Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak

Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari